Kenyataan Timbalan Presiden PKR yang juga merupakan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang senada dengan Tun Mahathir berhubung Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dilihat hanya 'untuk menjaga perasaan' bekas perdana menteri tersebut.
Menurut penganalisis politik Dr Jeneri Amir, kenyataan yang dibuat oleh Azmin itu yang dalam masa sama bercanggah dengan Presidennya Wan Azizah Wan Ismail, sekaligus memberi persepsi negatif kepada penyokong diperingkat bawahan.
"Azmin kelihatan memang menyokong Tun Mahathir dan beliau barangkali tidak mahu meninggung perasaan Tun Mahathir tetapi berbuat demikian dia menimbulkan masalah kepada parti sendiri sehingga rakyat beranggapan bahawa wujudnya percanggahan antara beliau dengan Wan Azizah," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Si Menteri Besar Selangor tu pada hari Khamis telah membuat kenyataan yang bercanggah dengan pendirian Presiden PKR, Wan Azizah berhubung pemberian BR1M kepada rakyat secara terbuka kepada pihak media.
Menteri Besar Selangor itu dengan jelas menyatakan sokongannya kepada kenyataan yang telah dibuat oleh Tun Mahathir yang menganggap pemberian BR1M yang diberikan oleh Kerajaan adalah merupakan satu bentuk rasuah.
Selain daripada itu, kenyataan yang dikemukakan oleh Azmin itu juga membuktikan bahawa kepimpinan dalaman PKR pada ketika ini masih lagi terbahagi kepada dua kumpulan yang sentiasa bercanggah diantara satu dengan yang lain.
"Ada sesuatu yang tidak kena dalam sesebuah parti yang harus ada persefahaman di kalangan pemimpin tertinggi untuk membuktikan kepada rakyat bahawa pemimpimnya sehaluan.
"Jadi daripada kenyataan yang bercanggah antara (Datuk Seri) Azmin dan (Datuk Seri) Wan Azizah sekarang memberikan gambaran kepada rakyat wujud masalah kepimpinan," ujar Jeneri lagi.
Terdahulu, Wan Azizah pada Selasa menyangkal kenyataan Tun Mahathir yang juga Pengerusi PPBM itu, dengan berkata pemberian bantuan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah merupakan sesuatu yang patut diterima rakyat.
Kenyataan itu nyata berbeza dengan kenyataan Mahathir yang jelas mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan BR1M untuk meraih sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Semuthitam,,jangan nak bodoh-bodohkan Rakyat lagi,,enough of your nonsense..!
BalasPadam