Sabtu, Disember 31, 2016

ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi berkata beliau tiada masalah jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu bertanding di kerusi Parlimen Sabak Bernam atau dua kerusi DUN kawasan itu.

Bagaimanapun, PAS tetap akan meletakkan calon di kawasan itu memandangkan ia adalah kerusi tradisi partinya selama ini, ujar Sallehen. PAS dan PPBM juga buat masa ini tiada ikatan kerjasama, justeru tidak perlu untuk PAS mengalah atau memberi laluan kepada parti itu pada pilihan raya umum nanti, tambahnya lagi.
"Tak apalah dia (PPBM) nak intai, boleh sahaja. Dia boleh sediakan calon tidak ada masalah tapi kita (PAS Selangor) tetap akan bertanding, itu memang tempat (kerusi) PAS dan kita pun dah menang (pada PRU13). PAS tetap akan bertanding di (DUN) Sabak.
"Tidak (akan beri kerusi). Apa pun perbincangan ini bukan dengan saya (ADUN) ia melibatkan PAS dan kepimpinan," katanya kepada Antarapos.
Sebelum ini Pendaftar PPBM Parlimen Sabak Bernam, Sallehudin Amiruddin berkata, parti itu mempunyai empat calon berkaliber serta berpotensi tinggi untuk dipertaruhkan bagi kerusi Parlimen atau DUN itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya parti serpihan Umno itu bersedia untuk berdepan Barisan Nasional (BN) di kerusi Sabak Bernam mahupun kerusi DUN Sabak dan Sungai Air Tawar. Bagaimanapun ia bergantung kepada persetujuan parti itu bersama PH bagi menumbangkan BN.

Ujar Sallehin, kenyataan ia bertentangan dengan apa yang dinyatakan Muhyiddin dimana PPBM menuntut kerusi yang gagal dimenangi PAS pada pilihan raya umum yang lepas.

Kenyataan itu disampaikan Muhyiddin pada Himpunan Harapan Semua, PAS Ganti Umno (PGU) HARAP 3.4, di Kemensik, Kemaman, Terengganu Oktober lalu.
"Dia (PPBM) boleh minta (berbincang) tapi perlu ingat bahawa kita (PAS) tidak ada apa-apa hubungan antara kita dengan Bersatu (PPBM) dan kalau sebagaimana Tan Sri Muhyiddin sebut sebelum ini, jadi tidak payah fokus kerusi yang memang yang telah kita menang. Dia kena fokus kepada negeri lain yang dia boleh menang," katanya lagi.
Parlimen Sabak Bernam sebelum ini ditandingi calon PKR Dr. Abdul Aziz Bari yang tewas ke tangan calon BN, Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh dengan majoriti 1,644 undi. DUN Sungai Air Tawar turut menjadi milik BN apabila Kamarol Zaki Bin Haji Abdul Malik menewaskan calon PAS Wahid Rais dengan majoriti 1,416 pada PRU13 lalu.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping