Jumaat, Disember 30, 2016

Seperti mana yang dijangka oleh semua pihak, dikalangan puak Pakatan Haprak tu masih ada lagi yang menyimpan dendam yang cukup mendalam terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia ni. Nak pulak dikalangan puak PKR tu sendiri.

Hakikatnya, mereka yang bertindak menubuhkan parti tersebut sebelum ini secara terbuka mendakwa bahawa diri mereka telah menjadi 'Mangsa Kekejaman Rejim' yang dipimpin oleh Tun Mahathir sewaktu dia masih lagi menjadi Perdana Menteri.

Tapi, sejak kebelakangan ini, dek kerana ada yang 'Terlalu Taksub' dengan kuasa, sehingga tahap sanggup melupakan kekejaman yang telah mereka lalui. Sampai penderitaan yang ditanggung oleh Si Ketua Penipu tu pun diabaikannya.

Namun ternyata, tidak semua pemimpin dikalangan puak PKR tu 'Mudah Lupa'. Masih ramai lagi yang terkesan dengan 'seksaan' yang terpaksa mereka lalui sepanjang menjadi 'Mangsa Kekejaman' sewaktu zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Hari ini, tampil salah seorang dari mereka yang berani bukak mulut dan mendedahkan pengalaman pahitnya yang terpaksa menanggung kerugiaan dari bergelar seorang Jutawan kepada Peniaga Pasar Malam selepas dikerat oleh 'Kartel' Tun Mahathir.

Dia yang pernah menjadi proksi kepada beberapa pemimpin besar negara di dalam perniagaan di waktu itu, mengakui nasibnya mula berubah apabila "dikerat" oleh pemerintahan Tun Mahathir yang memecat Anwar dari semua jawatan dalam kerajaan dan UMNO.
"Kembali dari England, saya menceburkan diri dalam perniagaan dan waktu itu Tun Daim (Zainuddin) ialah di antara orang powerful (berkuasa) kat Malaysia, dan Tun Daim membangunkan Langkawi. 
"Saya terlibat dalam sama-sama membangunkan Langkawi. Waktu itulah saya masuk UMNO," katanya menceritakan detik awal kegemilangan beliau menyertai UMNO yang ketika itu dipimpin oleh Dr Mahathir.
Kata pemimpin PKR itu lagi, ekoran hubungan baiknya dengan ahli politik UMNO di zaman Mahathir itu, dia menjadi seorang ahli perniagaan yang berstatus jutawan dan memiliki sebuah kilang gula - gula yang agak besar di Pulau Pinang.

Dalam erti kata lainnya, pemimpin PKR itu secara tidak lansung mengakui bahawa sewaktu zaman pemerintahan Tun Mahathir juga sudah wujud 'Pemberian Dedak'. Tapi hanya kepada 'Kartel - Kartel' yang terpilih, bukannya secara menyeluruh.

Persoalannya, sejauh mana kepimpinan PKR yang ditubuhkan atas dasar rasa benci yang cukup mendalam terhadap Tun Mahathir itu sebelum ini benar - benar "IKHLAS" menyokong perjuangan peribadi bekas Perdana Menteri itu sebenarnya?

Persoalan itu perlu dijelaskan secara terbuka kepada rakyat memandangkan puak Pakatan Haprak yang dipimpin oleh PKR itu dilihat sudah terlalu bergantung kepada bekas Perdana Menteri itu sejak akhir - akhir ini. Kalau mereka setakat nak mempergunakan Tun demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri, baik tak payah!!! 
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping