Sabtu, Disember 31, 2016

'Perkahwinan' Pakatan Pembangkang sekali lagi tidak bertahan lama. Selepas PAS mula melihat realiti dalam hubungan itu yang tiada penghujungnya, maka sekali lagi PR 'diceraikan' serta merta. Mereka akhirnya membina 'perkahwinan' ketiga yang diberi nama Pakatan Harapan (PH) bermula 22 September 2015.

Persoalannya, mampukah Pakatan Pembangkang yang sering 'kahwin, cerai, kahwin, cerai' ini bertahan untuk ikatan kali ketiga ini? Apapun kita sama-sama ucapkan syabas kerana hubungan mereka itu masih boleh bertahan selama setahun, walaupun sudah timbul bibit-bibit pergaduhan serius antara dalaman.

Pakatan Pembangkang semakin bercelaru dan keliru apatah lagi apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mula hadir ke dalam kehidupan mereka. Kita dapat lihat bagaimana perbalahan muncul tatkala Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh BR1M sebagai bentuk rasuah.

Ada yang muncul menyelar tindakan Mahathir itu secara terbuka, malah ada juga yang menyokong Mahathir. Tak cukup dengan itu, ada juga yang secara senyap-senyap membuka kaunter BR1M di kawasan sendiri tanpa menghiraukan apa yang Mahathir kata.

Mereka terus bertelagah bilamana disoal tentang pembahagian kerusi. Kehadiran PPBM ternyata telah mengeruhkan suasana yang sudah terbina dengan kekeruhan. Masing-masing mahu hak untuk bertanding, tetapi tak kurang juga ada yang enggan memberi laluan.

Apatah lagi di Sarawak, DAP telah siap sedia mengumumkan akan bertanding di 11 Parlimen, manakala PKR akan berentap di 15 kawasan Parlimen. Selebihnya yang mempunyai lima kawasan Parlimen akan diletakkan calon dari PAN. Tiada langsung disebut mengenai kerusi untuk PPBM.

Jawatan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri juga turut menjadi rebutan empat parti yang 'berkahwin' dalam PH ini. Setiap daripada parti itu ada agenda tersendiri yang tidak digebangnya sahaja. Ada yang mahu peliwat menjadi PM, ada yang mahu 'pemimpin boneka' menjadi PM, malah ada juga yang mahu melantik anak bini sendiri bergelar PM. Apa sudah jadi?

Apa yang boleh kita lihat dari situasi ini adalah tentang 'hukum karma' atau balasan Tuhan terhadap politik kotor yang mereka amalkan. Lihat sendiri bagaimana metodologi yang digunakan Pakatan Pembangkang untuk menyelesaikan sesuatu isu.

Tidak lain tidak bukan hanya melalui jalan-jalan bertentangan dengan kaedah rasmi. Sebagai contoh, mereka gunakan demonstrasi jalanan sebagai memperjuangkan sesuatu isu. Mereka gunakan kaedah fitnah dan putarbelit fakta di media sosial untuk menjatuhkan Barisan Nasional, dan bermacam lagi cara kotor mereka.

Maka pada hari ini kita dapat saksikan bibit-bibit perpecahan dalaman PH-PPBM juga mula menular sedikit demi sedikit. Lim Guan Eng dari DAP bakal dibicarakan akibat salah laku rasuah, Rafizi Ramli dari PKR juga mungkin akan dipenjarakan kerana 'hobinya memfitnah', Mohamad Sabu dari PAN semakin berentakan dengan identiti ekstrimis agama serta nasionalisnya, dan terbaru dalam PPBM pula.

Paling kurang dalam PPBM, tiga pemimpin utama mereka dikaitkan dengan skandal seks yang amat jijik dan memualkan untuk dicerita. Itu pun tidak kita sentuh lagi nafsu harta yang dikaut oleh Pengerusi PPBM semasa bergelar PM suatu ketika dahulu, sebagaimana yang didedahkan oleh Barry Wain dalam bukunya 'The Malaysian Maverick'. - SUMBER
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping