Jumaat, Disember 30, 2016

Heh! Nampak gayanya kepimpinan tiga orang bekas pemimpin tinggi ini mula mendapat cabaran yang cukup besar apabila parti yang diterajui mereka sedang hangat dilanda 'Ribut Anina' walaupun diketuai oleh seorang Mantan Perdana Menteri.

Bayangkan. Walaupun dia pernah menjadi Perdana Menteri dan mentadbir Negara selama 22 tahun, namun Pengerusi PPBM itu tetap dilihat GAGAL untuk mengawal tindakan yang dilakukan seorang pemimpin yang berada dibawah kepimpinannya sendiri.

Begitu juga dengan Presiden PPBM yang selama hari ini sibuk mendabik dada mendakwa dirinya lebih baik menjadi pemimpin jika mahu dibandingkan dengan orang lain juga turut GAGAL mengawal 'Ribut Anina' dari melanda parti tersebut.

Sementelah Timbalan Presiden parti itu pula, tak perlu la nak dipersoalkan lagi. Dia jelas tidak tahu apa yang perlu dilakukan bagi mengekang keadaan 'Ribut' yang sedang melanda parti itu sejak akhir - akhir ini. Sebaliknya, dia hanya mendiamkan diri.

Itulah 'Jumlah Mangsa Korban Ribut Anina' yang melanda parti PPBM tu setakat ini. Hanya ada tiga orang mangsa sahaja yang dilaporkan 'Hilang' sejak ribut itu melanda kepimpinan parti tersebut dan masih belum ditemui sehingga ke hari ini.

Begitu la keadaannya dalam parti jelmaan yang ditubuhkan oleh mereka yang selama ini mendabik dada mengatakan mereka lebih bijak dari orang lain menjadi pemimpin. Namun hakikatnya, nak selesaikan satu masalah pun diorang tak mampu.

Jika kita lihat keadaan parti itu pada ketika ini, lebih banyak kontroversi buruk yang melanda dari dalam parti itu sendiri. Mereka bukan sahaja dilihat mula berpecah belah dan saling berebut jawatan sesama sendiri. Tetapi turut memberikan gambaran negatif kepada rakyat.

Skandal demi skandal semakin hari semakin hangat menyelubungi parti tersebut. Namun tidak ada seorang pun pemimpin dari parti itu yang berani tampil untuk menjernihkan keadaan. Semuanya main pakat tutup mulut sendiri sahaja.

Kerana apa? Kerana masing - masing hanya sibuk nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Maka, sekiranya mereka buka mulut, sudah pasti mereka pulak yang akan dikecam dan dijadikan sasaran serangan seterusnya.

Nak pulak apabila bekas Ketua Sayap Wanita parti itu membuat ugutan untuk mendedahkan rahsia dan 'Menekan Kunci' berkaitan dengan isu penggugurannya dari jawatan sebelum ini. Parti jenis apa yang pemimpinnya siap ugut sesama sendiri ni?

Apa yang jelas, kredibiliti tiga orang pemimpin utama parti itu, baik dari Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin mahupun Mukhriz kian tercalar apabila isu berkaitan dengan bekas Ketua Sayap Wanita parti itu mula menjadi perbualan hangat dikalangan rakyat.

Dimana kemampuan mereka yang selama ini dibangga - banggakan sangat tu? Kenapa sehingga ke hari ini mereka masih GAGAL untuk mengekang mulut Si Anina yang semakin hebat membuat ugutan terhadap kepimpinan parti mereka sendiri? Takkan dengan perempuan pun diorang takut kot? Lain la kalau diorang pun ada rahsia yang nak disembunyikan!!!
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping