Selasa, Januari 03, 2017

Nampak gayanya, kemelut kepimpinan dan kepincangan yang melanda parti Jelmaan UMNO ni dah semakin bertambah kronik. Hari demi hari, kelemahan pemimpin parti tersebut didedahkan kepada umum.

Seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memberitahu krisis yang berlaku dalam parti berpunca daripada kelemahan kepimpinan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Syed Saifuddin Syed Harman yang juga bekas panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berkata, parti serpihan Umno itu meneruskan survivalnya kerana kerja-kerja yang dilakukan oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Keadaan ini menyebabkan beberapa pemimpin tertinggi serta sebilangan ahli tidak setuju Muhyiddin diangkat sebagai presiden.
"Selain daripada Mahathir, Presiden Tan Sri Muhyiddin dan timbalannya, Mukhriz masih tidak dapat menyesuaikan diri sebagai pemimpin. Presiden contohnya masih gagal menunjukkan kredibiliti yang boleh dibanggakan," katanya kepada Antarapos.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa pengguguran jawatan Ketua Srikandi terhadap Anina bermula daripada perbalahan pemimpin wanita itu dengan Naib Presiden parti itu, Datuk Hamidah Osman.

Kelemahan Muhyiddin sebagai Presiden parti yang gagal mengawal konfrantasi antara kedua pemimpin itu juga menjadi faktor kepada insiden 'pengguguran jawatan' Anina itu.
"Ada digambarkan oleh pihak dalaman (parti), tapi saya rasa ramai yang sudah tahu. Ada serangan dari dalam (parti) secara bertubi-tubi dan disambut oleh orang luar," tambahnya.
Anina sebelum ini dikatakan telah digugurkan daripada jawatan Ketua Srikandi namun mendakwa tidak mendapat sebarang surat rasmi daripada pihak pengurusan parti.

Walau bagaimanapun, Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor berkata tidak timbul isu bekas ahli Wanita Umno Langkawi itu 'digugurkan' kerana parti tidak pernah melantik Anina mengetuai sayap wanita secara rasmi.

Anina sebelum ini dipecat dari Umno selepas lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas lanjut, Syed Siafudin berkata parti yang baru bertapak beberapa bulan dalam arena politik negara itu hanya bergantung kepada kredibiliti yang terdapat pada Mahathir.
"(PPBM) ada sedikit kelemahan, dari segi kepimpinan dalam parti. Parti ini dilihat dipimpin oleh seorang pemimpin saja. Saya tidak nampak Tun Mahathir dibantu oleh pemimpin lain. Parti ini sebenarnya bergantung penuh pada aura Mahathir," katanya.
Dalam erti kata lainnya, PPBM tidak jauh berbeza dengan kewujudan PKR sebelum ini. Parti itu ditubuhkan hanya semata - mata untuk memenuhi kehendak serta menjaga kepentingan individu tertentu sahaja. Bukannya untuk berjuang demi rakyat sangat!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. http://www.sinarharian.com.my/semasa/pengarah-sprm-bersara-kerana-tidak-mahu-bersekongkol-1.606039

    BalasPadam
  2. Dgn kata lain...jika tdm dah tiada nanti maka berkubur teruslah ppbm?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping