Jumaat, Januari 06, 2017

Hakikat bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah membunuh karier Politik Anwar Ibrahim memang sudah tidak dapat dipertikaikan lagi. Malah, tiada siapa yang bercakap tentang dia lagi atau menganggap dia relevan dalam arus Politik pada ketika ini.

Secara mudahnya, Politik Anwar telah berkubur dan keadaan itu telah memberikan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali kelebihan berbanding Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail dan anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar.

Sekarang Azmin boleh mengambil masa dan memusnahkan karier ibu dan anak perempuan Si Ketua Penipu tu pada masa sesuai. Azmin perlu menunggu dua minggu lagi, walaupun, apabila rayuan Anwar ke atas pengampunan diputuskan oleh mahkamah.

Setelah mahkamah menutup pintu terhadap Si Ketua Penipu tu nanti, maka dia hanya akan menjadi sebagai bahan sejarah dan tidak lagi dilihat sebagai penggerak dan penggoncang Politik di Malaysia.

Dengan Anwar, Wan Azizah dan Nurul bakal dihantar ke ‘padang ragut’, pertempuran ‘battle royale” itu akan berlaku diantara kartel Azmin dan para pengkritiknya. Dan yang mengepalai pasukan pengkritik tersebut adalah Saifuddin Nasution.

Saifuddin sentiasa membenci Azmin dan dia tidak sembunyikan hal itu. Pada tahun 2008, Saifuddin begitu marah dengan Azmin hingga membuatkan dia merajuk dan keluar parti untuk menyertai kerajaan PAS di Kelantan.

Pada tahun 2010, ketika Anwar memujuk dia untuk kembali kepada PKR, Saifuddin menetapkan terma, salah satunya adalah untuk menjadikannya Setiausaha Agong supaya dia mempunyai kuasa yang sama kepada Azmin.

Pada tahun 2014, Saifuddin telah mengosongkan jawatannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden yang turut disertai Nurul Izzah dan Rafizi bagi menentang Azmin. Tetapi gerakan Si Saifuddin telah dikalahkan oleh Azmin. 

Dan kekalahan itu mengakibatkan Si Saifuddin kemudiannya digantikan dengan Rafizi Ramli dan ini, sekali lagi, membuatkan Saifuddin bagaikan orang gila kerana lebih kurang diletakkan Rafizi di atasnya.

Dan dengan situasi Saifuddin yang amat tidak puas hati ini membuatkan dia menjadi calon paling sesuai untuk DAPigs mempergunakannya. Kit Siang tahu bahawa Saifuddin adalah di ambang untuk meninggalkan PKR.

Tetapi DAPigs tidak mahu dia meninggalkan PKR. Mereka selalu mempunyai perancangan lebih besar untuknya. Tambahan pula, DAPigs juga tidak begitu berminat dengan Azmin yang menjadi Menteri Besar Selangor.

Kit Siang mungkin telah membuat perjanjian dengan Mahathir tetapi dia lebih tahu untuk membenarkan orang tua itu bagi mengawal sepenuhnya terhadap PKR melalui Azmin.

Bagi DAPigs, PAN dan PPBM terlalu lemah untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka. Bahkan, kedudukan terbaik DAPigs untuk menang paling banyak kerusi parlimen adalah 45 kerusi.

Jadi mereka masih memerlukan PKR untuk memberikan baki kerusi itu supaya mereka dapat memerintah. Namun keadaan itu akan menjadikan PKR lebih penting dan, dengan itu, terlalu kuat untuk kebaikan DAPigs.

Oleh itu, walaupun Mahathir boleh mengawal PKR melalui Azmin apabila dia mengambil alih dari Wan Azizah, Kit Siang perlu mengimbangi dengan mengawal sekurang-kurangnya separuh dari PKR.

Separuh lagi adalah puak yang dipimpin oleh orang yang paling membenci Azmin, Saifuddin Nasution. Ini bermakna DAPigs sekarang sedang berkongsi PKR dengan Mahathir bagi menjamin kedudukan serta menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping