Isnin, Januari 16, 2017

Heh! Apa jenis manusia Si Husam Musa ni tak tau la. Kalau sebelum ni, bukan main hebat lagi dia bercakap diatas pentas ceramah Parti Amanah Negara (PAN) dan menghentam kepimpinan PAS secara terbuka.

Malah, dia juga turut membuat cabaran kepada salah seorang Exco Rejim PAS Kelantan untuk berdebat secara terbuka berhubung isu lafaz sumpah Bai'ah yang telah dilafazkan sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu.

Tapi, apabila cabaran debat yang dikemukakan itu disahut oleh Exco berkenaan, mula la Si Husam tu menggelupor tak tentu arah dan cuba mencipta alasan untuk mengelakkan diri dari debat yang telah dicadangkannya.

Antara lain, Si Husam tu menghantar surat maklum balas dengan memberikan alasan dia mahu isi kandungan lafaz sumpah Bai'ah itu disebarkan kepada ulama - ulama dunia, termasuk Dr. Yusuf Qadrawi.

Kata Husam, tindakan itu perlu dilakukan untuk mendapatkan fatwa berkaitan dengan lafaz sumpah Bai'ah itu sebelum majlis debat diantara dia dengan Exco Rejim PAS Kelantan itu diadakan.

Membidas surat yang dihantar oleh Si Husam itu, Exco berkenaan mendakwa tindakan Si Husam itu adalah satu perkara yang tidak perlu memandangkan dia yang membuat cabaran tersebut sebelum ini.
"Teks Bai'ah yang hendak didebatkan telah sedia ada dan jelas. Ia ditulis dalam bahasa Melayu iaitu bahasa ibunda Dato' dan saya.
"Ianya telah dibaca oleh Dato' dan saya dihadapan Almarhum Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan pada ketika itu.
"Jadi, kenapa perlu kita terjemah ke bahasa lain dan merujuk kepada pihak lain, sedankan kita sudah memahami maksud dan isi kandungan Bai'ah yang telah sama - sama ungkapkan.
"Dengan demikian, saya beranggapan tindakan Dato' untuk membawa perkara ini kepada Sheikh Dr. Yusuf Qadhrawi dan pihak-pihak lain adalah satu helah Dato' untuk melambatkan atau menggagalkan majlis debat dari menjadi kenyataan," jelas kenyataan didalam surat tersebut.
Malah kata Exco Rejim PAS Kelantan itu lagi, Husam berani membuat cabaran untuk berdebat dengan dia dan dia bersetuju untuk menyahutnya, maka tak perlu lagi bagi mereka membuang masa.
"Ayuh kita tentukan 'MASA DAN TEMPAT' dengan segera supaya hasrat Dato' dan saya serta masyarakat seluruhnya dapat kita selesaikan," jelas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri kelantan itu.
Dalam erti kata mudahnya, Si Husam tu kini jelas sedang berada dalam keadaan terdesak dalam usaha untuk mengelak dari berhadapan dengan cabaran debat yang telah dilakukan oleh dirinya sendiri sebelum ini.

Sekaligus ianya membuktikan bahawa Si Husam ni hanya sekadar seorang pemimpin yang pandai bercakap tapi tak berani nak buat. Setakat bercakap berapi - api atas pentas ceramah Politik, baik tak payah. Suruh budak sekolah tadika pun diorang pandai bercakap Husam oi!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Husam ni sembang je kencang. Klu nak berdepan memang kecut kerandut la. Jenis manusia tak boleh dipercayai.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping