Selasa, Januari 10, 2017

Kalau diperhatikan dari satu sudut, memang betul tak masuk akal. Takkan la parti tu hanya mengharapkan dia seorang je yang buat kerja? Mana pegi pemimpin yang lain? Kenapa diorang tak bantu?

Maka sebab itu alasan PPBM menggugurkan Si Anina tu daripada jawatan sementara sebagai Ketua Srikandi dengan mengaitkn isu 'prestasi' dianggap sebagai alasan yang tidak munasabah.  

Sebaliknya, penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berpandangan, alasan pengguguran yang diumumkan Presiden PPBM lebih menjurus kepada isu peribadi dan juga krisis kepimpinan yang berlaku dalam parti itu. 
"Namun dari segi spekulasi itu, isu peribadi sebenarnya lebih dikaitkan kenapa beliau digugurkan dari jawatan tersebut. Bagi saya apa jua alasan yang diberikan oleh kepimpinan tertinggi iaitu prestasi, ia alasan yang tidak begitu munasabah.
"Kerana dalam satu tempoh yang agak singkat, bagaimana kita mahu mengukur prestasi beliau, sedangkan prestasi pemimpin lain tidak pula dijadikan kayu ukur," katanya kepada Antarapos.
Menurut Muhyiddin, keputusan itu dibuat oleh pihak kepimpinan tertinggi parti setelah menilai tahap kepimpinan pemimpin wanita itu. Malah menafikan keputusan pengguguran itu disebabkan masalah peribadi seperti yang tersebar sebelum ini.

Namun Martadha berpandangan, punca sebenar kepada pengguguran Anina adalah kerana isu peribadi, di mana isu berkenaan dikhuatiri menjadi faktor yang menjejaskan sokongan rakyat terhadap parti yang baru berusia kira-kira tiga bulan itu.
"Jadi mana-mana elemen yang boleh dianggap mengurangkan sokongan dan beri imej negatif kepada parti, maka elemen itu perlu dikurangkan. Itulah sebenarnya, bagi saya refleksi kepada apa yang berlaku kepada Anina," katanya lagi.
Anina sebelum ini dilaporkan disingkir daripada memegang jawatan Ketua Srikandi PPBM, dan keputusan itu dikaitkan dengan dakwaan bahawa beliau mempunyai hubungan intim dengan bekas pembantunya.

Dalam pada itu Martadha juga tidak menolak pengguguran Anina berkemungkinan turut berhubung kait dengan krisis kepimpinan yang berlaku dalam parti dan turut mengaitkan insiden pengunduran beberapa individu daripada parti itu sebelum ini.
"Mungkin ada kalangan pemimpin parti yang begitu tak sealiran dengan Khairuddin mahupun Anina, dan mungkin pengaruh mereka mengganggu gugat pemimpin tertentu dalam PPBM sendiri.
"Jadi itu bagi saya, selain isu peribadi, isu kepimpinan juga boleh dikaitkan salah satu sebab kepada penyingkiran Anina dan peletakan jawatan oleh Khairuddin sebelum ini," katanya lagi.
Dalam erti kata lainnya, jika Si Anina tu tak layak untuk menjadi Ketua Srikandi kerana alasan 'Prestasi', bermakna Presiden parti itu juga perlu digugurkan dari jawatannya sebab prestasi dia juga tidak memuaskan. Jadi, jangan la dia setakat pandai nak salahkan orang lain je!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping