Rabu, Januari 11, 2017

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz mempersoalkan mengapa Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak bertindak ke atas dirinya namun menyaman media berhubung pendedahannya sebelum ini.

Kit Siang pada minggu lalu mengemukakan saman ke atas Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST) selepas kedua - dua akhbar itu telah menyiarkan pendedahan yang dibuat oleh Tunku Aziz.

Terdahulu Tunku Aziz mendedahkan wujudnya komplot membabitkan Kit Siang untuk menaikkan Timbalan Presiden PPBM, Mukhriz Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, jika pembangkang menang pilihan raya akan datang.
"Kenapa Kit Siang tak saman saya? Maknanya apa yang saya cakap itu benar. Saya takkan dedahkan perkara ini kalau sumber saya tidak boleh dipercayai. Namun saya kena menjaga kerahsiaan sumber itu," ujarnya lagi.
Kit siang sebelum ini dihambat kontroversi selepas Tunku Aziz mendedahkan beliau berkomplot dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menaikkan Mukhriz sebagai calon Perdana Menteri, manakala dirinya akan dilantik sebagai timbalannya, jika pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Dalam pada masa yang sama, Tunku Aziz juga turut mengulas mengenai ugutan saman yang telah dikemukakan oleh Mukhriz Mahathir bersabit pendedahan yang dilakukannya itu.
"Mukhriz jangan lupa cabaran saya. jika beliau mahu hentikan spekulasi, buat satu SD (akuan bersumpah) menyatakan beliau tiada cadangan atau cita-cita untuk jadi perdana menteri.
"SD merupakan satu langkah undang-undang yang boleh membuktikan dakwaan saya tidak benar. tidak perlu buang duit untuk saman saya," tegas Tunku Aziz.
Dalam kenyataan yang dibuat, Mukhriz sebelum ini telah memberikan amaran kepada Tunku Aziz agar membuktikan tuduhan yang telah dibuat itu secara, jika bekas pemimpin DAPigs itu tidak mahu dikenakan tindakan undang - undang terhadap dirinya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Secara logik manusia yang yg memang berduit dan ada kuasa yg menyangka kehidupan di dunia ini sebagai tempat tinggal yang kekal abadi memang akan menjadi keliru dan akan kacau jiwanya setiap kali dia melihat dirinya menjadi semakin tua pada setiap hari. Sehingga realiti sebenar mereka yang kaya raya ini ketika mereka menyambut hari kelahiran secara meriah sebenarnya adalah peringatan bahawa tarikh luput kehidupan mereka di dunia ini semakin hampir. Ketenteraman jiwa yang sebenar tidak akan pernah mereka dapat rasai sehinggakan rakan-rakan baik mereka yang sedang terlantar sakit pun mereka tidak akan sanggup atau berani untuk pergi ziarah. Sebab menurut ajaran sesat mereka, menziarahi orang yg sedang sakit boleh mendatangkan nasib malang atau sial kepada mereka.

    Begitulah hakikat kehidupan seorang manusia tua berbangsa Cina yang bukan Islam seperti Lim Kit Siang yang kaya raya tetapi jauh disudut hati memang jiwanya sedang kacau bilau. Aura kacau bilau pemimpin DAP sedang dijangkiti oleh orang orang Melayu yang cukup setia dengan arahan serta agenda tersembunyi parti DAP rasisnya itu. Fikir fikirkan lah wahai orang orang Islam Malaysia semua.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping