Sabtu, Januari 14, 2017

Terbaik!!! Sejak dia jadi Menteri Besar Selangor ni, dah makin banyak gelaran yang diterima oleh Si Azmin Ali tu. Semuanya gelaran itu bukan diberi saja - saja je. Tapi hasil dari kebijaksanaan Si Azmin tu sendiri.

Jika sebelum ini, Si Azmin tu pernah diberikan gelaran Menteri Besar Longkang dan Sampah sebab dia GAGAL menyelesaikan isu sampah serta longkang yang masih membelenggu rakyat di Selangor.

Kali ini timbul isu beg plastik pulak apabila Rejim Pakatan Selangor didakwa mendesak pihak peniaga dinegeri itu menjual beg plastik dengan harga sebanyak RM 20 sen walaupun penggunaannya diharamkan sebelum ini.

Sebelum Rejim Pakatan Selangor mulakan kempen 'Sifar Beg Plastik' hari tu, peniaga tak pernah pulak mengenakan caj tambahan untuk pembeli mendapatkan beg plastik. Tapi sekarang, semua orang ke caj RM 20 sen.

Maka tak heran la apabila ramai yang menyindir Si Menteri Besar Selangor tu dengan pelbagai gelaran dan kritikan secara sinis hasil dari kebijaksanaan dia menyusahkan rakyat diperingkat bawahan.

Sampai ada yang kata, hasil duit kutipan beg plastik Si Azmin tu akan digunakan untuk tanam semula pokok yang ada dihutan dan bayaran tambahan kepada pekerja Alam Flora untuk kutip sampah.

Dan jawapan yang paling hebat sekali datangnya dari Exco Rejim Pakatan Selangor tu yang mendakwa kutipan sebanyak RM 20 sen tu adalah untuk membantu menambah pendapatan peniaga.

Wow!!! Nampak gayanya slogan Negeri Kebajikan Rakyat yang selama ini dilaung - laungkan dah boleh dihumban ke dalam longkang dan dibakul-sampahkan.

Sebab alasan yang diberikan oleh wakil pemimpin Rejim Pakatan Selangor tu dengan jelas menyatakan bahawa mereka lebih mengutamakan peniaga daripada nak menjaga kebajikan rakyat diperingkat bawahan.

Tapi yang herannya, kenapa pemimpin dikalangan puak Pakatan Haprak tu takde lansung yang berani bersuara mengkritik tindakan yang dilakukan oleh Rejim pimpinan Si Menteri Besar Selangor ni?

Sebaliknya, pemimpin - pemimpin puak Pakatan Haprak tu seolah - olah menghalalkan tindakan tersebut dan mendiamkan diri dari penindasan yang dilakukan terhadap rakyat secara terang - terangan.

Secara kesimpulannya, tindakan yang dilakukan oleh Rejim Pakatan Selangor ni ternyata hanya membebankan rakyat dengan caj tambahan yang tidak munasabah. Kot ye pun nak merompak duit rakyat dan meng-kaya-kan peniaga, tak payah la Si Azmin tu nak berlagak tak tentu arah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping