Amacam? Takkan setara Haji je yang nak dijatuhkan hukum 'Tak Mabrur'. Kenapa tak semua amal ibadah penyokong UMNO turut dijadikan persoalan? Kenapa semuanya tak nak dijatuhkan hukum ikut akal fikiran?
Kalau setakat nak pertikai pasal bab tajaan je tak pe, boleh lagi kita terima. Tapi bila dah sampai nak menjatuhkan hukum mengikut akal fikiran sendiri ni, payah la sikit. Nampak sangat kita nak mengambik kerja tuhan pulak.
Sedangkan amal ibadah kita pun belum tentu lagi diterima Allah S.W.T. Inikan pulak kita ada kuasa nak pertikaikan pasal amal ibadah yang dilaksanakan oleh orang lain? Siapa kita nak jatuhkan hukum tersebut?
Kenapa bab ibadah lain tak nak dijadikan persoalan? Kalau nak ikut hukum akal fikiran manusia ni, bukan susah. Jatuhkan sahaja hukum haram solat bagi mereka yang menyokong UMNO.
Bukan ke sewaktu dia menjadi pemerintah dulu, dah ada golongan yang mendakwa Haram Solat ber-Imam-kan orang UMNO? Dan kenapa pada ketika ini, soal benda yang seakan - akan sama juga dia ulang?
Pokok pangkalnya, Hak nak menentukan sama ada amal ibadah kita tu diterima atau tidak adalah Hak Mutlak Allah S.W.T. Bukannya bagi seorang pemimpin yang pernah menjadi pemerintah bagi sesebuah Negara selama berpuluh tahun.
Soal orang nak bagi duit untuk memudahkan orang lain menunaikan ibadah, itu hak orang yang memberi. Soal dia dapat pahala atau pun tidak diatas sedekah yang diberikan tu, Hak Allah S.W.T. Takkan benda tu susah sangat nak difahami?
Jangan la hanya kerana kita BENCI pada seseorang sampai akidah kita sendiri pun nak digadaikan begitu sahaja. Takkan kerana rasa MARAH membuatkan kita sampai sanggup jadi MUNAFIK.
Kot masa kita ada kuasa memerintah dulu, kenapa kita tak buat benda yang sama? Kenapa bila orang lain buat dengan kemampuan yang dia miliki, kita nak pertikaikan pulak secara terbuka?
Dimana maruahnya kita yang pernah jadi pemerintah ni? Dimana letaknya integriti kita sehingga sanggup turun ke tahap itu hanya semata - mata kerana kita marah kepada orang lain?
Tolong la! Jangan la suka sangat buat kerja ikut kepala lutut ni. Bila orang bagi nasihat, MARAH. Bila orang kata dia dah tua, MARAH. Bila orang kata dia Gila Kuasa, MARAH. Tapi bila dia kata ke orang lain, dia harap orang lain suka dengan apa yang dia buat???
Artikel yang ditulis oleh orang munafik, bila becakap dia suka berbohong.
BalasPadamDemi membela penjenayah dan korupsi, sanggup menghina orang yang sudah banyak berjasa.
BalasPadamBerjasa dan menjutawankan anak2 menantu...siapa yg munafik kawan..
Padam