Sabtu, Januari 14, 2017

Sekadar berkongsi kisah dari seorang rakan mengenai pengalaman peribadinya sewaktu pulang dari kerja yang terserempak dengan seorang awek berjalan seorang diri diwaktu senja.

Al kisahnya, tadi masa sahabat itu dalam perjalanan pulang dari Sungai Lembing, dia terlihat ade sorang perempuan tengah berjalan kaki sambil menarik beg pakaian yang berwarna merah.

Anehnya, budak perempuan tu katanya sedang berjalan dekat jalan yang kiri dan kanannya hanya ada kelapa sawit. Dah la pada masa tu jam sudah masuk pukul 7.30 malam dan kawasan tu pun dah bertambah gelap.

Sebagai seorang rakyat yang prihatin, rakan ni tadi berhentikan la kereta dia disebelah budak perempuan tu dan tanya sama ada dia nak tumpang atau tidak memandangkan hari dah semakin gelap. 

Tapi budak perempuan tu tak jawab. Dia cuma menggelengkan kepala sambil terus berjalan. Rakan itu sekali lagi bertanya kepada budak perempuan tu, tapi dia tetap menggelengkan kepala.

Disebabkan hari pun dah semakin bertambah gelap, rakan tu tadi meneruskan perjalanannya dan memecut balik rumah lalu meninggalkan budak perempuan tu.

Tapi kata sahabat itu tadi, sambil dia memandu dan sampi dirumah pun, dia asyik dok terpikir pasal budak perempuan yang dia jumpa tu tadi. Dah la geleng kepala sambil lap airmata. pastu berjalan sorang-sorang dalam gelap.

Kata sahabat tu tadi, yang bagusnya budak perempuan tu tak nak tumpang orang yang dia tak kenal walaupon sahabat tu tadi mempunyai niat yang baik mahu membantu apabila dia melihat keadaan tersebut.

Cuma pesanannya, adik-adik yang ada kat luar sana tu, walaupon kita berani sekali pun, jangan la buat tindakan seperti mana yang dilakukan oleh budak perempuan tu tadi. Merbahaya katanya. 

Zaman sekarang semua benda boleh berlaku. Boleh jadi kena culik, kena rogol, kena rompak ataupun kena bunuh tak tentu pasal kalau dok main jalan macam tu je. Dah la sorang - sorang pulak tu katanya.

Tinggal lagi, sekarang ni kita doakan la supaya budak perempuan tu tadi selamat dan dilindungi. Cuma rakan tu tadi ada jugak cerita. Tetiba dia terpikir pulak, Kenapa tadi dia tak tengok kaki budak tu? Ye lah, mana tau kot-kot bukan orang katanya. Naya wo!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping