Ahad, Januari 01, 2017

Si Menteri Besar Selangor, tidak perlu menyalahkan pihak berkuasa ekoran dipanggil untuk memberi kenyataan bersabit pendedahannya yang mempersoalkan perolehan lesen penjualan senjata api oleh anak perempuan Ketua Polis Negara.

Menurut pakar undang-undang Prof Madya Dr Salawati Mat Basir, tidak menjadi kesalahan untuk pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil Timbalan Presiden PKR itu bagi mendapatkan maklumat lanjut bagi melicinkan siasatan terhadap isu berkenaan.
"Saya rasa dia tidak payah marahkan polis sebab dia yang timbulkan isu ini jadi pihak berkuasa panggil. Tidak semestinya dipanggil itu dia akan dikenakan tindakan."
"Polis hanya mahu tahu apa bukti yang dia ada untuk lemparkan tuduhan tersebut dan setakat mana Azmin ada pengetahun tentang perkara tersebut dan maklumat yang dia ada untuk siasatan polis mengenai dakwaan itu samada telus atau tidak," katanya kepada Antarapos.
Salawati yang juga Timbalan Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata demikian merujuk kepada tindakan Azmin yang mempersoalkan tindakan polis yang memanggil beliau untuk memberikan keterangan berhubung kenyataannya sebelum ini.

Azmin dipanggil polis bagi memberikan keterangan berhubung satu kenyataan beliau pada satu ceramah pada 3 Mei lalu mempersoalkan bagaimana anak perempuan Khalid mendapat lesen untuk menjual senjata api.

Semalam beliau hadir di Ibu Pejabat Polis Shah Alam selama sejam bagi memberikan keterangan dengan ditemani peguamnya N. Surendran.

Salawati menjelaskan, ada kemungkinan polis memanggil Azmin kerana mengambil kira cara pendedahannya itu tidak kena pada tempatnya. 
"Apa sebenarnya niat dia cakap sebegitu, pihak polis akan tanya apa niat dia sewaktu itu. Dia boleh persoalkan di acara lain sebab itu menampakkan niat dia yang ada tujuan politik, jadi itu yang dia dipanggil oleh polis. 
"Saya rasa dia dipanggil untuk melihat sejauh mana kesahihan yang dia dakwa itu berketepatan dengan niat dia, jadi polis nak tahu sebab dia sudah persoalkan keluarga KPN. Maka mereka mahu tahu niat dia menjurus kepada apa," ujar Salawati berhubung dakwaan Azmin.
Azmin dipercayai membangkitkan isu itu selepas ia didedahkan menerusi laporan Sarawak Report bahawa syarikat Nilam Arms and Ammunitions berkemungkinan ada konflik kepentingan kerana status Khalid sebagai ketua polis yang meluluskan lesen berkenaan.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kalau berita sarawak report kena tapis bnyk kali..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping