Rabu, Januari 18, 2017

Walaupun disebut namanya dalam ucapan oleh Tun Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Iskandar Samad sebenarnya tidak hadir dalam majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Sabtu lalu.

Difahamkan namanya disebut dalam teks ucapan Tun Mahathir kerana kedua-duanya sudah mengesahkan kehadiran mereka sebelum ini. Soalnya, kenapa tiba - tiba tidak hadir?

Diberitakan kemudian bahawa ketidakhadiran mereka disebabkan adanya "arahan" pada hari yang sama yang tidak membenarkan mana-mana pemimpin Pas menghadiri majlis tersebut, meskipun persetujuan untuk hadir sudah diberikan sebelum itu.

Akhirnya, satu-satunya orang Pas yang hadir dalam majlis itu ialah Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.

Namun, beliau tiada apa-apa jawatan dalam Pas, cuma masih Ahli Parlimen bagi parti tersebut. Beliau yang lebih dianggap Pas "harumanis", di luar hijau, di dalam oren, bagaimanapun memberitahu kehadirannya adalah atas kapasiti peribadi.

Dengan yang demikian, ketidakhadiran Pas dengan sendirinya menimbulkan banyak persoalan. 

Pas dilaporkan sedang dalam proses rundingan dengan Bersatu dan seperti yang pernah ditulis oleh A Kadir Jasin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu, kata putus sama ada ia berhasil atau sebaliknya, mesti dimuktamadkan pada bulan ini juga.

Tugas mengetuai rundingan diserahkan kepada Muhyiddin Yassin untuk mengepalainya.

Sekiranya Pas mempunyai kecenderungan untuk bersama dengan parti-parti pembangkang dan sedar rundingan ke arah itu sedang berjalan, keputusan tidak menghantar wakil sedangkan kata setuju untuk hadir sudah diberikan, ia tentu merupakan tanda negatif.

Mahfuz sendiri mempersoalkan sikap Pas dengan mengatakan ia memberi isyarat seolah-olah parti itu enggan bekerjasama dengan parti-parti pembangkang bagi menumbangkan UMNO dan BN serta menyingkirkan Najib Razak sebagaimana yang diinginkan oleh majoriti rakyat sekarang ini.

Apakah boleh ditafsirkan ketidakhadiran Pas kerana parti itu enggan bekerjasama atau kerana adanya pemimpin-pemimpin DAP dan Amanah yang turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut?

Masihkah Bersatu mahu menunggu kata setuju daripada Pas untuk bersama atau harus melupakannya begitu saja? Mungkinkah  Pas hanya mahu bersama dengan Bersatu dan PKR saja, tetapi enggan ada sebarang ikatan dengan DAP dan Amanah?

Jika demikian, mungkinkah ada wujud dua pakatan pembangkang iaitu Pakatan Harapan dengan Bersatu sebagaimana yang sudah terjalin ketika ini dan satu lagi hanya melibatkan Bersatu, PKR dan Pas?

Atau mungkinkah Hadi Awang sudah melakukan ijtihad untuk terus kekal bersendirian, sebagaimana dilaporkan sebelum ini beliau juga barangkali telah berijtihad untuk hadir ke Iran di sebalik sedang berlaku serangan dan pembunuhan Syiah terhadap Sunni di Syria?
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Pan tukang penyebok...parti sendiri tak tentu hala tuju.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping