Isnin, Januari 02, 2017

Nak memimpin sebuah pasukan Bola Sepak dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi pun Si Menteri Besar Selangor tu tak mampu, apa lagi yang dapat dibanggakan oleh Si Azmin ni sebenarnya?

Sebagai rekod, Si Azmin ni dapat jadi Menteri Besar pun bukan kerana kemampuan yang dia miliki. Tetapi sebaliknya kerana tipu muslihat yang telah diguna-pakai bagi merampas jawatan tersebut dari Wan Azizah.

Hakikatnya, Si Azmin ni bukan seorang pemimpin yang layak untuk menyandang jawatan sedemikian. Apatah lagi nak menjadi wakil rakyat. Apa yang dia ada sekarang hanya 'Harta Warisan' dari pemimpin yang terdahulu.

Setakat ini, apa benda yang Si Azmin ni berjaya lakukan selepas dia berjaya merampas jawatan Menteri Besar Selangor tu dari Wan Azizah? Apa kemajuan yang telah dibawa kepada rakyat di Selangor?

Janji nak bersihkan sampah dan longkang di Selangor pun dia tak mampu. Nak selesaikan isu pembinaan lebuhraya apatah lagi. Jangan cerita pasal nak selesaikan isu bekalan air. Itu pun masih terhegeh - hegeh lagi dia nak buat.

Sekarang timbul isu berkaitan dengan skuad Bola Sepak Selangor pulak yang sekali gus membuktikan bahawa Si Menteri Besar tu GAGAL untuk menjalankan tugas serta tanggungjawab dia selaku Pengurus.

Setiausaha Agung FAS, Rosman Ibrahim berkata persatuan kecewa sehingga kini masalah itu belum diselesaikan, malah cubaan mengatur pertemuan dengan mereka juga tidak diendahkan.

Rosman turut menjelaskan FAS masih belum menerima surat rasmi daripada Mohamed Azmin dan Amirudin, yang masing-masing mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden FAS dan pengurus pasukan Selangor menerusi kenyataan bersama 2 hari lalu.
“FAS hanya akan mengadakan mesyuarat exco khas bagi membincangkan perkara ini selepas menerima surat rasmi mereka. Pemain-pemain turut telah mengeluarkan kenyataan memohon penyelesaian tunggakan gaji ini dan FAS berharap janji tersebut dapat ditunaikan.
Pada masa sama, FAS juga berharap isu baki tunggakan gaji bekas ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan, yang dipecat Amirudin menerusi SMS (sistem pesanan ringkas), tanpa mengikut saluran, tiada hitam putih dan di luar pengetahuan exco, turut dapat diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan.
Rosman berkata FAS kecewa dengan tindakan Mohamed Azmin dan Amirudin, yang sering menegaskan jalan penyelesaian bagi kemelut yang dihadapi skuad Gergasi Merah itu, adalah dengan mengadakan pertemuan antara FAS dan mereka.
“FAS ada menghantar surat permohonan mengadakan pertemuan, selain menjemput Azmin menghadiri mesyuarat exco sepanjang 2 bulan lalu namun tidak diendahkan, seolah-olah tidak mempedulikan isu yang dialami FAS.
“FAS turut kesal atas beberapa tuduhan dan label yang dilontarkan kepada kami. Ianya tidak berasas dan bersifat lepas tangan biarpun Azmin melalui Amirudin terlibat secara langsung khususnya dalam pengurusan pasukan,” katanya.
Dalam erti kata lainnya, tindakan Si Menteri Besar Selangor tu yang enggan bertemu dengan pihak pengurusan pasukan The Red Giant membuktikan bahawa dia seorang pemimpin yang suka melarikan diri dari tanggungjawab!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. azmin ali dan azwan ali.. sama je perangai mrk berdua tu.. mcm mana perangai azwan ali mcm tu lah perangai azmin ali..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping