Selasa, Januari 24, 2017

Penasihat PAN Kelantan Husam Musa menyifatkan terdapat dua paksi dalam PAS yang perlu difahami supaya gabungan parti pembangkang tidak membuang masa ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir. 
"Tidak dinafikan ada dua paksi dalam Pas. Bila Pas nak berunding dengan rakan-rakan pembangkang untuk melengahkan mereka, Pas akan hantar Datuk Tuan Ibrahim dan Datuk Mustafa Ali sebagai 'diplomat' untuk bermanis-manis muka, membuang masa pembangkang. 
"Tetapi yang memegang keputusan utama adalah komponen pemimpin yang lain. Kalau kita gagal memahami kedudukan ini kita akan diheret," tegasnya ketika slot 'hard talk' yang turut dihadiri Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad di Ampang malam tadi.
Sehubungan itu, kata Husam, strategi tiga penjuru boleh digunakan ke atas PAS di Kelantan pada pilihan raya akan datang jika parti tersebut menganggu gabungan pembangkang di luar negeri itu. 
"Ada pelbagai cara. Saya melalui Amanah Kelantan menggunakan strategi tiga penjuru Pas ke atas parti itu. Mereka kena ingat strategi yang sama boleh dikenakan terhadap Pas di Kelantan. 
"Dengan strategi tiga penjuru, bukan saja Pas akan hilang kerajaan yang satu-satunya Pas ada tetapi InsyaAllah parti yang menjadi alternatif kepada Barisan Nasional di Kelantan adalah Bersatu, Amanah dan Pakatan Harapan. 
"Dalam konteks Pas di Kelantan, sokongan utama kepada Pas datang dari saluran 1 tetapi daripada kajian, saya dapati mereka juga paling tinggi menolak kerjasama Pas-Umno. Jadi, jangan terkejut kalau Amanah menang di Kelantan," jelasnya diikuti tepukan gemuruh hadirin di dewan De Palma Hotel Ampang itu.
Mengulas lanjut tentang kewujudan PPBM, Husam dalam slot yang dimoderatorkan pensyarah Dr Maszlee Malik itu berpendapat parti berlogokan bunga raya berkenaan penting dalam menangkis ketakutan orang Melayu.
"Saya sangat menghargai Bersatu kerana membantu menghilangkan kebimbangan orang Melayu jika mereka ingin menukar kerajaan. Tempat Umno itu sudah ada pihak yang datang bersama dalam susunan pembangkang dengan syarat ada sinergi dengan gerakan Datuk Anwar Ibrahim.
"Pembangkang sampai tahap sekarang adalah sebab hasil inisiatif Datuk Anwar Ibrahim dalam menyatukan gerakan-gerakan di luar BN. Peranan Dr Mahathir sangat penting dan kritikal pada masa ini. Bersatu mesti lebih berperanan jika kita ingin berjaya," ujarnya lagi. 
Forum tersebut yang mengisi slot dalam Majlis Makan Malam anjuran Amanah Titiwangsa dan Seputeh turut menyaksikan deklamasi puisi oleh Sasterawan Negara, A. Samad Said serta persembahan muzik kumpulan Tremolo dan Wayfarers.
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Lepas PRU 14 nanti berkuburlah hayat politik Husam

    BalasPadam
  2. setakat cakap besar pakai air liur boleh la. Bila bertanding, jentera parti pun tak kelihatan.

    BalasPadam
  3. Husam masih cakap besar. Masa jdi exco dulu projeknya banyak yg gagal. Ada yg tinggal batu asas je. Masih lgi nak sembang itu ini. Tak sedar diri.

    BalasPadam
  4. Another spesis munafik

    BalasPadam
  5. Selero Medey tak pernah luntur demi gilo kuaso

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping