Isnin, Januari 23, 2017

Parti Amanah Negara (PAN) menawarkan Kelantan menjadi sebuah negeri berasaskan Islam yang moden, berinovasi, makmur, bersakhsiyah Islam dan progresif jika berjaya merampas pemerintahan negeri itu daripada PAS.

Bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa yang kini bersama PAN berkata, seramai 50 tenaga profesional, cendiakawan dan ulama anak Kelantan sedang membincangkan bentuk polisi dan program untuk dikemukakan dalam tawaran itu.

“Mereka berhimpun di Kota Bharu untuk merangka Tawaran Amanah Kelantan. Inisiatif Amanah Kelantan ini dinamakan IMPAK atau Inisiatif Profesional Anak Kelantan.

“Bentuk polisi dan program yang boleh mengangkat Kelantan menjadi negeri berbingkaikan Islam yang moden, berinovasi, makmur, bersakhsiyah Islam dan progresif dibincangkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Husam berkata, Tawaran Amanah Kelantan itu sebahagian daripada persiapan PAN untuk mengambil alih teraju Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.

PAN merupakan salah sebuah parti pembangkang yang menganggotai Pakatan Harapan selain Parti Keadilan Rakyat (PKR).

PAN ditubuhkan beberapa bekas pemimpin PAS diketuai Mohamad Sabu bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam pakatan pembangkang yang diketuai DAP.

Bekas pemimpin PAS terbabit disingkirkan daripada jawatan masing-masing kerana dilihat terlalu tunduk kepada kehendak DAP yang disifatkan PAS sebagai sebuah parti politik anti-Islam. 
Categories: ,

4 ulasan:

  1. dulu TIRAM...

    sekarang IMPAK..

    modus operandi dia sama je... kutip dana untuk pilihanraya yang akhirnya hilang masuk kocek husam dan kroni-kroninya.... kenyang.. ullpppss

    tapi takpe, yang sanggup kena tipu ramai. Biar lantak dengan mereka...

    BalasPadam
  2. Ada Islam Moden maknanya ada Islam Tak Moden.

    BalasPadam
  3. Biarlah Husam dgn angan2nya yg tak berkesudahan. Rekod buruknya sepanjang jdi exco kerajaan Kelantan dulu ramai dah tahu. Habis projeknya gagal...sembang je lebih.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping