Jumaat, Januari 20, 2017

Itu soalan spontan yang diluahkan oleh seorang sahabat selepas membaca kenyataan mengenai lafaz ikrar yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PAN, Si Din Pudu tu semalam.

Dalam kenyataan oleh Si Din Pudu tu semalam, dia berkata, PAN akan memastikan PAS tidak lagi mendapat tempat sekiranya Pakatan Haprak tu berjaya mengekalkan kuasa mereka di Selangor.

Bahkan, dalan kenyataan yang sama, Si Din Pudu tu juga turut mendakwa bahawa PAS masih lagi kekal di Selangor pada ketika ini hanya semata - mata kerana kuasa dan bukannya kerana akidah.
“Mereka tersangkut di situ kerana kuasa, bukan demi akidah sangat. Yang lain mereka maki hamun, tetapi di Selangor tidak, ia kerana mereka ada kuasa,” katanya.
Melihat kenyataan yang dikeluarkan Si Din Pudu itu, sahabat yang juga merupakan penyokong PAS menyatakan bahawa ianya dibuat oleh seorang pemimpin yang sombong dan angkuh.

Malah, bagi sahabat itu juga, kenyataan yang dibuat oleh Si Din Pudu itu menunjukkan yang dia diselubungi sifat dendam kesumat yang masih lagi membara terhadap PAS walaupun sudah meninggalkan parti itu.

Namun persoalan yang diajukan oleh sahabat itu tadi cukup mudah memandangkan puak Pakatan Haprak tu pada ketika ini masih lagi GAGAL untuk menentukan pembahagian kerusi sesama mereka.

Persoalan berkaitan dengan pengagihan kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak tu kini menjadi salah satu topik yang paling hangat diperkatakan diperingkat bawahan memandangkan tiada kata putus dibuat.

Perkara itu menjadi diantara dilema yang masih belum dapat diselesaikan oleh puak Pakatan Haprak walaupun mereka menjangkakan bahawa Pilihan Raya Umum akan diadakan seawal tahun ini.

Maka timbul la persoalan, adakah Si Din Pudu tu sendiri dah ada kerusi yang dia nak bertanding sehingga dia dengan angkuhnya boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian? Bak kata sahabat itu lagi, "Kalau setakat bercakap, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je!!!"
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Mat Sabu pilihan lepas wakil PAS kawasan Parlimen Pendang kalah teruk dengan veteran Umno lepas ni kalu bertanding disitu lagi hilang wang deposit.

    BalasPadam
  2. Din sejak dlm Pan cakap pun meracau mcm dia tu menang kerusi pru lepas. Klu presidennya belum tentu blh menang pru akn dtg tak payahlah nak sembang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping