Khamis, Januari 12, 2017

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menolak dakwaan bahawa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) mempunyai unsur rasuah.

Jelasnya, pemberian bantuan tersebut kepada golongan orang kurang berkemampuan boleh diinterpretasikan mengikut pandangan penerima masing-masing.

"Saya taknak sebut secara langsung rasuah. BR1M ini saya kira satu projek menanam budi," katanya ringkas apabila ditanya sama ada bersetuju bahawa BR1M merupakan rasuah atau tidak.

"Tapi, kalaulah ada orang terima duit itu,  walaupun ianya projek  menanam budi, dia tidak undi Barisan Nasional, tiada hal. Itu tidak boleh dianggap rasuah, itu jadi rezeki," katanya.

Dr Tun Mahathir Mohamed sebelum ini percaya bahawa bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat merupakan satu bentuk rasuah oleh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pemberian rasuah tersebut tambahnya, bagi mendapatkan undi daripada rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang akan datang.

Dalam pada itu, Ibrahim yang juga pernah menggunakan logo PAS ketika bertanding pada PRU lepas, turut mencadangkan kepada PAS supaya mengadakan solat hajat bagi menggantikan Himpunan 355.

Ini kerana tambah beliau, himpunan yang dibuat di Kuala Lumpur menjadikan penyertaan awam lebih terhad berbanding solat hajat yang dilakukan selepas solat Jumaat serentak di seluruh negara.

"Saya rasa, cadangan ini (solat hajat) tidak membabitkan soal keselamatan, tak membabitkan soal permit, kesesakan lalu lintas.

"Ianya lebih efektif dan lebih ramai yang boleh menyertainya. Saya sendiri, kalau cadangan saya (solat hajat) tidak diterima, saya akan pergi (himpunan)," ujar beliau lagi.
Categories:

2 ulasan:

  1. Masih ada selera nk berpolitik abg him nih.

    BalasPadam
  2. Apa solat hajat seluroh negara? Dah gila ka! Buat saja la di surau dan masjid PAS.. org BERJASA boleh dtg mengaminkan doa.Apa la Katak ni.. bukan semua org sokong RU 355 tu.. dan tak jadi kafir pun kalau tak sokong.katak..katak..katak.. dah tak larat nak lompat... harap PAS sokong jadi calon di Pasir mas.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping