Sabtu, Januari 21, 2017

Heh! Ribut takde, angin takde. Kenapa pulak Si Menteri Besar Selangor ni tiba - tiba menggelupor tak tentu arah dan menafikan penglibatan dia dalam perjanjian yang dibuat diantara Tun M dengan Kit Siang tu?

Sebelum ni, ada orang kaitkan nama dia ke? Ada ke yang sebut nama dia terlibat dengan perjanjian tersebut? Atau Si Menteri Besar Selangor tu sorang je yang sengaja nak cari Publisiti Murahan tak tentu arah?

Dalam kenyataan yang dibuat hari ini, Timbalan Presiden PKR tu kata di tidak terlibat dalam perjanjian sulit diantara Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi PPBM dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
“Saya tidak terlibat dengan perjanjian antara Mahathir dan Kit Siang,” katanya kepada pemberita hari ini.
Itu yang buat kita rasa hairan. Siapa pulak yang buat dakwaan dan mengaitkan Si Menteri Besar Selangor ni terlibat dalam perjanjian yang dibuat oleh dua orang Veteran Politik itu sebelum ini?

Yang kita tau, melalui pendedahan Tunku Aziz, satu pakatan sulit antara dua orang veteran politik itu mahu menaikkan Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri dan wakil DAPigs sebagai Timbalan Perdana Mentei.

Mengulas lanjut berkenaan perjanjian tersebut, Azmin meletakkan kepercayaan kepada rakyat bagi menentukan sama ada mahu menerima DAP untuk menjawat jawatan timbalan perdana menteri atau sebaliknya.
“Keputusan nanti ini adalah melibatkan sistem demokratik. Bukan soal kita setuju atau tidak setuju. Kalau rakyat setuju? Ini soal demokrasi, rakyat yang akan menentukan siapa yang menang dalam pilihan raya. Jadi kita kena menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat,” katanya.
Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu membenarkan kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir walaupun ianya telah dinafikan sebelum ini.

Tun Mahathir dalam penafiannya sebelum ini mendakwa, dia bukan menyatakan DAPigs yang mintak jawatan Timbalan Perdana Menteri itu. Tapi sebaliknya dia mendakwa MCA pulak yang pernah mintak jawatan itu pada tahun 2009, sebelum PRU ke 13 yang lalu!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping