Sabtu, Januari 21, 2017

Memang ianya tidak dapat dinafikan bahawa wujud spekulasi dikalangan rakyat serta pemimpin tertentu yang mendakwa ada kemungkinan tindakan mendedahkan isu jawatan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai usaha untuk meminggirkan PAS.

Perkara itu dilihat tidak mustahil memandangkan PAS sehingga ke hari ini masih lagi enggan berganjak dari pendirian mereka berhubung isu kerjasama Politik diantara parti itu dengan puak Pakatan Haprak.

Alasan PAS sehingga ke hari ini, keputusan itu dibuat memandangkan parti itu sudah serik dipermainkan oleh DAPigs dan Pengkhianatan yang telah dilakukan oleh bekas pemimpin mereka yang bertindak mewujudkan PAN.

Maka ianya menjadi tidak mustahil sekiranya ada yang berpendapat, pendedahan secara tidak sengaja yang dibuat oleh Tun Mahathir itu dianggap sebagai satu usaha untuk meminggirkan PAS dari gabungan Pakatan.

Bahkan dikalangan pemimpin PAS sendiri beranggapan bahawa hubungan kerjasama diantara parti itu dengan PPBM menjadi semakin sukar ekoran pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi PPBM itu.

Bagi mereka, sekiranya desas - desus ini benar, maka PAS diyakini akan bertindak secara tegas untuk tidak lagi mewujudkan apa - apa hubungan kerjasama Politik dengan PPBM dimasa akan datang.

Khabar angin mengenai pakatan sulit diantara PPBM dan DAPigs untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Mukhriz Mahathir dan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Lim Kit Siang ditiupkan oleh Tunku Aziz. 

Kenyataan bekas Naib Pengerusi DAPigs itu telah disiarkan didalam laman portal berita Malaysia Outlook, pada 31 Disember 2016 yang lalu yang turut mendakwa Lim Kit Siang juga dikatakan akan menjadi Menteri Kewangan.

Tunku Aziz di dalam portal berita yang sama, konsisten dengan dakwaannya malah mencabar Tun Mahathir dan Lim Kit Siang untuk membuat perakuan bersumpah bagi menafikan tuduhannya.

Dakwaan Tunku Aziz ini mulai memperlihatkan kebenarannya apabila Tun Mahathir sendiri mengaku bahawa DAPigs memang ada meminta jawatan Timbalan Perdana dalam satu kenyataannya yang disiarkan oleh portal berita Antarapos semalam.

Perkembangan terbaru ini sememangnya amat mengejutkan, dan bagi pemimpin PAS, mereka yakin ia akan merencatkan sama sekali siri pertemuan antara PAS dan PPBM untuk menjalin hubungan kerjasama Politik.

Buat masa ini, PAS sama ada melalui Majlis Syura Ulama (MSU) dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, belum membuat apa - apa keputusan berkaitan hubungan kerjasama Politik dengan PPBM.

Malah menurut kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Muhd Zuhdi Marzuki, yang ada ketika ini hanyalah siri - siri pertemuan dan program ceramah yang dianjurkan secara bersama untuk menerokai serta menjalin hubungan tersebut.
"Dengan perkembangan terbaru ini, iaitu adanya pakatan sulit memberi DAP jawatan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Kewangan, PPP yakin akan menutup terus ruang kerjasama antara PAS dan PPBM.
"PPP juga yakin seluruh pimpinan dan ahli PAS akan menentang keras sebarang tawaran yang ingin diberikan kepada DAP untuk menjawat jawatan-jawatan utama dalam kerajaan seperti Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan," jelas Dr. Zuhdi dalam satu kenyataannya semalam.
Apa yang jelas, bagi PAS, tindakan Pengerusi PPBM mendedahkan isu berkaitan dengan tuntutan DAPigs itu memberikan gambaran wujudnya usaha untuk terus meminggirkan PAS dan menyebabkan parti itu ditinggalkan berseorangan sebelum Pilihan Raya Umum yang akan datang!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Bukan isu samada Melayu perlu takut kepada DAP atau tak perlu takut kepada DAP parti abang besar kepada parti PAN adik angkat si DAP. Komen berikutnya aku mmg copy paste daripada komen aku sendiri sebab dah banyak kali tulis benda yang serupa, pun masih ada orang Melayu yang tak faham faham bahasa mereka sendiri.

    Kita percaya orang Melayu yang bernaung di bawah parti pembangkang kesemua mereka mempunyai matlamat yang serupa sahaja dengan si DAP. Matlamat yang serupa untuk meruntuhkan kerajaan yang ada sekarang bagi digantikan dengan mereka sendiri yang perasan serba boleh didalam semua serba serbi. Modal utama mereka untuk menyerang pihak Kerajaan adalah isu “superstar” 1MDB yang sudah terkenal seantaro dunia. Persoalannya sekarang benar ke tuju arah matlamat mereka ini? Sebab bagi orang orang Malaysia yang berugama Islam tidak kira apapun bangsa mereka matlamat utama kita semua adalah untuk menuju ke akhirat dengan selamatnya. Samada kita tahu atau tidak atau suka atau tidak suka, kehidupan di dunia ini hanye lah sebuah transit point yang bersifat sementara sahaja.

    Bagi orang yang masih mengaku Islam tetapi duduk bernaung di bawah naungan parti pembangkang. Selagi mereka mengikuti Boss besar mereka si DAP tu, kita percaya mana mana orang Islam yg mahu untuk berfikir tidak kira apa pun bangsa mereka; tidak akan tergamak untuk memilih mereka. Semua orang tahu abang besar mereka si DAP adalah pendorong utama bagi gereja Evangelist untuk mensyirikkan kalimah ALLAH. Rata-rata sesiapa yang pro dengan cara dan pemikiran pemimpin pembangkang akan tetap bersetuju bahawa dosa mensyirikkan kalimah ALLAH kecil jer tapi “dosa” 1MDB terlalu dahsyat kesalahannya. Iye ke begitu?

    Isu 1MDB ni adalah isu duit, wang ringgit atau harta dunia. Pendek kata didalam bahasa yang mudah faham mereka bercerita bahawa sesungguhnya kita semua rakyat Malaysia sedang menderita sebab rezeki kita dah jadi sempit disebabkan olih 1MDB kata mereka. Hebat sungguh 1MDB ini sehingga tenggelam ALLAH yang Maha Agong lagi Maha Besar itu. Semua orang Islam yang mampu untuk berfikir dan mampu untuk menghayati kebesaran dan keagungan Pencipta tahu dan tidak akan mampu untuk menafikan bahawa sesungguhnya ALLAH lah yang memberi rezeki. Surah TAAHA ayat 132 “ ….Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

    Sekarang ini mari kita lihat apa kata Al Quran lagi tentang dosa SYIRIK pulak. Surah An Nisa ayat 48 yang berbunyi “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”

    Tentang syirik lagi menurut makna kepada surah Az Zumar ayat 65 pula adalah sesiapa shj yang melakukan SYIRIK akan musnah semua amalan mereka. Daripada dalil di atas mana mana individu Muslim yang mahu berfikir sudah nampak sebesar mana 1MDB berbanding dosa SYIRIK.

    Kalau nak lihat samada kita sedang melakukan SYIRIK atau tidak mari kita lihat apa yang Rasulullah SAW sudah bersabda: “Barang siapa menyerupai suatu kaum. Maka dia tergolong daripada mereka.” (Sahih Ahmad)

    Apabila kita memberi sokongan kepada si DAP yang menjuarai usaha untuk mensyirikkan kalimah ALLAH bagi pihak gereja Evangelist untuk “political mileage” di kalangan orang bukan Islam maka kita pun akan dapat “saham” yang serupa seperti mereka walaupun kta tidak tahu.

    So agak agak tuan tuan patut tak kita memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin pemimpin politik Melayu yang masih bersekongkol dengan si DAP ini dan mengorbankan kehidupan di akhirat yang kekal abadi itu? Fikir fikirkan lah

    BalasPadam
  2. DAPig tak payah susah-susah nak minta kerusi TPM dengan madey, pkr atau parti kuali. Dah ade sekor makhluk ni akan beri jawatan TPM tu dengan sukarela kepada DAPig.

    Itu sebab DAPig begitu beria-ria nak jadikan makhluk ni sebagai PM di Malaysia jika fuckatan menang dalam pru kelak. Tak kisah la makhluk tu seekor penjenayah ke, peliwat ke, penzina ke, pembohong ke,kaki putar alam ke... yang penting ia dah jadi satu janji yang wajib ditunaikan. Tidak boleh berkata tidak....

    http://sejarahmelayu.blogspot.my/2010/05/anwar-sudah-janji-jika-pakatan.html?m=1

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping