Khamis, Januari 12, 2017

Pendirian PKR berhubung nasib orang Melayu Pulau Pinang adalah cukup jelas. Secara rasminya parti reformasi itu insaf bahawa DAP tidak mampu membela nasib mereka.

Lantaran itu, PKR dengan ikhlasnya pula merestui supaya kepakaran Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, dipinjamkan kepada DAP demi memperbaiki nasib rakyat Melayu-Islam di negeri itu. 
"Harus diingat Ketua Menteri daripada kaum Cina, seorang pimpinan DAP. Maka tentulah beliau hendakkan input dari orang Melayu yang di luar DAP. 
“Beliau boleh dapat (pandangan) dari exconya, namun kesemua mereka berada di bawahnya. Tentunya mereka akan mempunyai pandangan berbeza.
"Saifuddin ke sana dengan satu matlamat. Bukan soal imej sahaja, mungkin secara tak langsungnya dapat 'mileage' itu,” kata Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul.
Namun dalam satu nafas yang sama Johari juga mengakui bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang memang belum berjaya membantu meningkatkan tahap sosio-ekonomi orang Melayu-Islam di negeri itu sejak mula memerintah pada 2008.

Lebih memilukan ialah kenyataan Johari itu adalah pengakuan bahawa perwakilan PKR dalam kerajaan Pulau Pinang sejak sembilan tahun lalu memang tidak berkesan melonjakkan mutu kehidupan rakyat Melayu-Islam di negeri itu.

PKR mempunyai wakil rakyat Melayu sejak 2008 hingga ke peringkat Timbalan Ketua Menteri. Ia juga mempunyai ahli exco dalam kerajaan negeri. 

Dalam erti kata lainnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Joe Bedul tu membuktikan bahawa puak PKR yang selama ini mewakili rakyat di Pulau Pinang semuanya Hampas belaka kerana semuanya tak mampu nak menjalankan tugas demi menjaga kebajikan orang Melayu!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Bedul ni bukan boleh pakai. Kejap kata ia, lejap lagi tak pulak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping