Jumaat, Januari 06, 2017

Heh! Nampak sangat yang Si Khalid Samad ni hanya sekatakt pandai bercakap je. Memang patut sangat la dia pegang jawatan Pengarah Komunikasi. Sebab hanya itu je kemahiran yang ada pada dia.

Tapi malangnya, Si Khalid Samad tu GAGAL untuk menyampaikan komunikasi yang cukup memberansangkan. Sebaliknya, kenyataan yang dibuat hanya mendedahkan kemaluan parti Ternakan DAPigs tu.

Apa yang dinyatakan oleh Si Khalid Samad tu hari ini tidak memperlihatkan realiti puak Pakatan Haprak tu secara hakiki. Tetapi ianya menunjukkan yang puak Pakatan Haprak tu masih bergantung harap kepada PAS.

Buktinya cukup jelas apabila PPBM dan PKR masih lagi menagih simpati dan mengharapkan sokongan dari kepimpinan PAS terutama bagi kawasan Parlimen dalam Negeri Selangor.

Namun dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Si Khalid Samad tu untuk sekian kalinya mengulangi pendiran dengan mendakwa puak Pakatan Haprak tu mampu bertahan walaupun tanpa sokongan PAS.

Kata Si Khalid Samad, perkara itu dilihat mampu untuk direalisasikan berdasarkan kepada kewujudan PAN dan juga PPBM yang didakwa mampu untuk membawa undi yang mencukupi bagi mengalahkan Barisan Nasional.

Ianya berdasarkan pengiraan kasar, dengan anggapan bahawa pembangkang yang diwakili oleh Pakatan Haprak pada tahun 2013 mendapat 50,000 undi, manakala BN pula meraih 45,000 undi.

Berdasarkan kepada angka - angka ini, Khalid berkata, dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang, Pakatan Haprak tu sekurang - kurangnya akan mendapat kira-kira 7,000 undi daripada PAS.

Walau bagaimanapun, PAN mampu membantu membawa 3000 undi, dan PPBM pula akan membawa lebih 3500 undi daripada Umno, menjadikan Pakatan mendapat 46,500 undi, berbanding BN - 41,500 undi dan PAS 7,000 undi.
“Berdasarkan anggaran mudah di atas, maka calon Pakatan Harapan masih boleh menang hasil dari kewujudan PAN dan PPBM. Ini adalah kerana kesan kewujudan mereka adalah pertambahan undi pada Pakatan Harapan dan pengurangan undi pada PAS dan Umno/BN,” katanya.
Kalau dilihat dari satu sudut, nampak sangat yang Si Khalid Samad tu rasa 'Terlalu Yakin' untuk Pakatan Haprak tu menang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang dengan memperlekehkan PAS.

Tapi Si Khalid Samad tu lupa bahawa dia sendiri pun dah hilang kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 berdasarkan kepada kes saman fitnah yang dihadapinya sebelum ini.

Mungkin Si Khalid Samad tu lupa yang dia masih ada hutang sebanyak RM 200 ribu dengan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang menang kes saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Shah Alam tu.

Dalam erti kata lainnya, Pakatan Haprak tu dapat la sebanyak mana undi sekali pun, tapi Si Khalid Samad tu hanya layak untuk melihat dari luar Parlimen je sebab kelayakan dia sebagai calon pun dah Takde!!! Jadi, tak payah la dia nak meroyan benda yang bukan - bukan!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. hehe.. khalid bulus hidung punya congak tu hanya boleh dipakai waktu pru je ke???

    Waktu prk sungai besar dan kuala kangsar tahun lepas, dia baru belajar ilmu hisap gamaknya... tu yang belum pandai kira dan tak pandai buat ramalan nujum pak belalang lagi.....

    kah kah kah kah kah

    BalasPadam
  2. Khalid ni memang jenis meroyan. Dalam semua perkara dia nak tunjuk pandai.
    Sebagai MP Shah Alam... tak de satu pun yg dia buat, cakap berapi rapi... poorrraahhh Khalid.

    BalasPadam
  3. Khalid buat kira-kira sekadar nak hiburkan hati yg lara sebab Pan masih tak dapat sambutan...terpaksa buat tawaran murah utk menjadi ahli..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping