Isnin, Januari 09, 2017

Ini bukan masalah 'Kecut Buah Kerandut' dah ni. Tapi yang ni cerita pasal buah kerandut Si Kit Siang tu hilang terus apabila spekulasi mengenai perjanjian sulit diantara pemimpin DAPigs itu dibangkitkan.

Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyaman media arus perdana, tidak menjawab tuduhan pakatan sulit pemimpin DAP itu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menobatkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai perdana menteri.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, usaha menyaman media adalah sekadar untuk mengalih perhatian rakyat, khususnya ahli DAP bagi membuktikan kononnya pakatan sulit itu tidak wujud.

Beliau berkata, jika benar Kit Siang mahu menafikan dakwaan itu, beliau perlu menyaman individu bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut iaitu bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
"Apatah lagi, Tunku Abdul Aziz sendiri sudah menyatakan kesediaan untuk disaman oleh pemimpin DAP itu, mahupun Mahathir. Kenapa Kit Siang takut hendak saman Tunku Aziz, apakah bimbang tembelangnya itu yang tanpa pengetahuan PKR terbongkar," ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.
Katanya, tindakan Kit Siang itu sekadar mengaburi mata rakyat dan penyokongnya kerana semua maklum DAP dan pembangkang sudah berjaya menanam sentimen kebencian terhadap media arus berkenaan.

Persoalannya, kata Sohaimi, kenapa Kit Siang perlu menyaman pihak media secara terpilih sedangkan banyak lagi media mahupun portal berita lain yang turut menyiarkan perkara tersebut.
"Kenapa Kit Siang tidak menyaman semua media lain yang turut menyiarkan artikel itu. Kit Siang sebenarnya takut bayang-bayangnya sendiri. Beliau takut penipuannya terbongkar.
"Selama ini beliau kononnya mengangkat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon perdana menteri pembangkang, namun temberang itu didedahkan Tunku Aziz," katanya.
Tambah Sohaimi lagi, Kit Siang juga takut jika pakatan sulit itu didedahkan kerana dia sedar kedudukannya dalam DAPigs pada ketika ini sudah tidak selamat.
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping