Khamis, Januari 05, 2017

Nampak gayanya, persoalan demi persoalan kini mula tersebar dan menjadi perbualan hangat dikalangan rakyat berhubung isu perlantikan Setiausaha Agung PKR tu oleh Si Guan Eng tu semalam.

Ada yang kata perlantikan itu dibuat sebagai langkah keselamatan DAPigs bagi memastikan PKR tidak lari dari perjanjian yang telah dibuat dengan Pakatan Haprak tu sebelum ini.

Tak kurang kurang juga ada yang membuat dakwaan kononnya perlantikan itu sebagai persediaan untuk Si Pudin yang akan bertanding di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Bahkan ada yang pertikai, kenapa Si Guan Eng tu tak lantik Mat Sabu selaku Presiden Parti Amanah Negara (PAN) sebagai Penasihatnya? Adakah Si Mat Sabu tu tak layak untuk dilantik menjadi penasihat?

Bagi ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad hari ini mempersoalkan pelantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam.
"Apa yang beliau tahu tentang Pulau Pinang? Pejabat Ketua Menteri sudah ada ramai pegawai, berkali ganda jumlahnya berbanding KM terdahulu daripada BN.
"Saya tak pasti beliau hendak menguatkan kerajaan negeri atau dirinya iaitu Ketua Menteri. Sebab pada saya, jika untuk memajukan Pulau Pinang, saya rasa dengan kakitangan sedia ada sudah mencukupi. Mereka dibenarkan  bersuara untuk beri pandangan," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Saifuddin merupakan Setiausaha Agung PKR menggantikan Rafizi Ramli yang bertindak mengosongkan kerusi itu selepas dijatuhi hukuman penjara kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi.

Mengulas lanjut, Farid juga menimbulkan persoalan apakah pelantikan itu sebagai 'persediaan' Guan Eng yang akan menghadapi perbicaraan kes rasuahnya bermula Mac ini.
"Mengambil kira beliau (Guan Eng) mungkin berdepan dengan kes mahkamah nanti, maka banyak masa dan tumpuan diberikan terhadap kes. Itu mungkin diharapkan bahawa ada seseorang yang mengatur strateginya di Pulau Pinang. 
"Namun takkanlah pemimpin lain seperti Datuk Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri 1) dan Datuk Mansor Othman (Pengerusi PKR Pulau Pinang) dan Datuk Malek Kasim (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam) tidak boleh memainkan peranan sehingga memerlukan orang dari luar?," soalnya lagi.
Kes rasuah Guan Eng akan dibicarakan pada Mac 2017 yang dijangka mengambil masa 34 hari sehingga Julai nanti dan seramai 60 saksi yang akan dipanggil.

Pada 30 Jun tahun lalu, Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada perumahan dan pembelian lot tanah serta banglo di bawah nilai pasaran.

Pokok pangkalnya, perlantikan Si Pudin tu dibuat bukannya untuk membantu menjaga kebajikan rakyat di Pulau Pinang. Tetapi sebaliknya untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi Si Guan Eng tu je semata - mata!!!
Categories: , ,

3 ulasan:

  1. Buat apa lantik mat sabu. Dulu bini org pun dia buat hal sampai kena tangkap khalwat.

    BalasPadam
  2. LGE bila tarik telor Pudin, terus PKR ikut. PKR skrg bawah arahan DAP.

    BalasPadam
  3. Mat Sabu jadi presiden PAN lansung takde way forward, arah tuju, harapkan ceramah menfitnah dia memang hebat, muka macam ni nak jadi pemimpin boleh jahanam, layak jadi barua dap saja, kesian...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping