Khamis, Januari 05, 2017

PAN nampak gayanya seperti semakin tergugat dengan ugutan PAS berhubung amaran akan bertanding di kerusi PKR dan PPBM sekiranya kedua - dua parti itu bekerjasama dengan PAN.

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad mendesak PAS agar tidak membuat ugutan sedemikian. Sekiranya PAS masih berkeras dengan prinsip tersebut, maka pertandingan  tiga penjuru mungkin tidak dapat dielakkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Khalid berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PAS yang mendakwa sekiranya pakatan pembangkang gagal untuk berunding dengan PAS, tidak mustahil kegagalan tersebut akan mengundang kepada kegagalan kesemua parti pembangkang. Alamatnya semua akan tanggung akibatnya.

Tapi betul apa yang dikatakan PAS, jika PAN mahu cantas parti Islam itu... Sepatutnya mereka sendiri yang bertanding menentang PAS. Bukannya hantar calon PKR atau PPBM. Jika PAN sendiri yang bertanding menentang PAS, pastinya parti Islam itu tidak akan bertanding di kerusi kedua-dua parti pembangkang tersebut.

Atau mungkin PAN sebenarnya goyang untuk bertanding tiga penjuru menentang PAS?? Sebab tu dorang nak PKR atau parti cap bunga yang bertanding. Apabila PAS membuat ugutan sedemikian, mula lah PAN cuak. Takut akibat daripada mereka, PAS akan mengganggu kerusi-kerusi parti pembangkang yang lain.

Walaupun begitu, PAN memberi amaran kepada PAS agar tidak mengaitkan PKR dan PPBM dalam persaingan diantara PAS dengan PAN.

PAN sanggup berdepan menghadapi PAS dalam pertandingan tiga penjuru. Itu pun sekiranya PAS masih berkeras dengan pendirian mereka yang tidak mahu berunding tersebut. PAN terkilan kerana PAS hanya mahu berunding dengan PKR dan PPBM tetapi tidak dengan pakatan itu. - lapor Utaranews
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Wahai Khalid ... it is time for you to shut up your big mouth..

    BalasPadam
  2. Khalid ni makin kalut dan meroyan sbb masa depannya di shah alam semakin pudar.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping