Itu satu persoalan yang timbul tatkala melihat wajah Timbalan Presiden parti tertera didalam poster yang disebarkan melalui laman media sosial hari ini. Adakah benar PPBM menyokong RUU 355 yang dibentangkan oleh PAS?
Jika selama hari ini, kita masih belum mendengar sebarang kenyataan rasmi dari pemimpin parti itu berhubung cadangan pindaan RUU yang melibatkan bidang kuasa mahkamah Syariah itu secara terbuka.
Yang kita dengar setakat ini hanya kenyataan dari pemimpin PKR yang masih enggan menyatakan pendirian mereka terhadap cadangan pindaan Rang Undang - Undang tersebut secara terbuka.
Dan semestinya, semua orang mengetahui pendirian DAPigs dan PAN yang secara terang - terangan menentang cadangan pindaan tersebut serta membuat dakwaan kononnya PAS nak melaksanakan Hudud di Kelantan.
Akan tetapi sehingga ke hari ini tidak pernah sekali pun pemimpin daripada PPBM menyatakan pendirian mereka secara rasmi berkaitan dengan cadangan pindaan yang telah dibuat oleh PAS sebelum ini.
Maka, sudah pasti kelibat Timbalan Presiden PPBM didalam poster seperti yang dipaparkan ini menimbulkan pelbagai persoalan berkaitan dengan pendirian parti itu terhadap cadangan pindaan Rang Undang - Undang tersebut.
Sejauh mana pemimpin PPBM ni menyokong cadangan pindaan yang dibuat oleh PAS itu sebenarnya? Adakah PPBM benar - benar ikhlas menyokong cadangan pindaan RUU 355 PAS itu?
ATAU, adakah kemunculan pemimpin PPBM itu hanya sekadar satu langkah taktik Politik bagi membolehkan mereka meraih sokongan simpati murahan dari penyokong PAS diperingkat akar umbi semata - mata?
Dan bagaimana pula dengan penerimaan DAPigs dan PAN terhadap perkara tersebut? Adakah mereka boleh terima PPBM sebagai rakan sekutu mereka dalam Pakatan sekiranya parti itu menyokong RUU 355 PAS itu?
Adakah DAPigs akan tetap menerima dan bekerjasama dengan PPBM bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang serta sanggup dilabelkan sebagai sebuah parti MUNAFIK yang menipu rakyat?
Pokok pangkalnya, pemimpin PPBM sendiri perlu tampil menyatakan pendirian mereka secara terbuka berhubung perkara tersebut. Jangan dek kerana diorang terdesak nak dapatkan sokongan sampai terpaksa mempergunakan isu RUU 355 ni untuk meraih sokongan simpati pulak!!!
Klu muslim kena sokonglah tak kira parti mana pun kecuali yg nonmuslim. Ini tak ada kena mengena dgn nonmuslim pun.
BalasPadam