Jumaat, Januari 06, 2017

Heh! Nampak gayanya, memang betul la tekaan yang dibuat terhadap isu berkaitan perlantikan Si Saifuddin tu sebagai Penasihat kepada Lim Guan Eng mempunyai agenda yang sengaja disembunyikan.

Kalau dibaca pendedahan yang dibuat oleh Si Raja Petra, ada kemungkinan agenda DAPigs tu nak memecah-belahkan PKR memang wujud berdasarkan kepada perkembangan Politik semasa pada ketika ini.

Jika difikirkan semula, pendedahan Si Raja Petra tu memang cukup logik memandangkan DAPigs dari satu sudut memang tidak suka dengan tingkah laku yang ditonjolkan oleh Si Azmin Ali tu selama hari ini.

Jadi tak hairan la kenapa jika sebelum ini, isu berkaitan dengan calon Perdana Menteri Pakatan itu dibangkitkan, DAPigs awal - awal lagi dah mencalonkan nama Wan Azizah sebagai PM Sementara.

Sebelum ini pun, dah banyak kali Si Azmin Ali tu membuat keputusan dan bertindak mengikut suka hati dia tanpa merujuk kepada kepimpinan PKR ataupun mengikut kehendak Pakatan terlebih dahulu.

Yang pertamanya, soal nak menjadi Menteri Besar Selangor. DAPigs dah memilih untuk mencalonkan Wan Azizah sebagai wakil tunggal mereka. Tetapi jawatan itu telah dirampas oleh Azmin tanpa sebarang persetujuan.

Yang keduanya, Azmin merupakan orang yang bertanggungjawab meletakkan calon PKR yang bertanding di kerusi DAPigs dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak sehingga menyebabkan DAPigs GAGAL memenangi kerusi tersebut.

Dan yang paling menonjolkan, tindakan Azmin yang masih tetap enggan memenuhi desakan serta tuntutan yang dibuat oleh DAPigs agar memutuskan hubungan kerjasama Politik dengan PAS di Selangor.

Dalam erti kata lainnya, perlantikan Si Saifuddin tu sebagai 'Penasihat Strategi' kepada Si Guan Eng adalah sebagai satu kekangan kepada Azmin memandangkan Si Saifuddin tu merupakan 'Musuh Ketat' dia.

Nak pulak apabila gerakan Si Azmin tu dilihat lebih cenderung dan ghairah mahu menghapuskan legasi kronisme serta nepotisme yang sudah menjadi amalan dalam kepimpinan PKR pada ketika ini.

Maka tindakan DAPigs melantik Si Saifuddin tu merupakan satu langkah untuk mereka mengekalkan tampuk pemerintahan kuasa yang ada pada Wan Azizah selaku Presiden parti tersebut. Tapi kenapa Wan Azizah?

Mungkin sebab bagi DAPigs, Wan Azizah dan anak perempuannya, Nurul Izzah lebih mudah untuk dikekang serta diperkudakan berbanding Azmin yang lebih gemar 'Syok Sendiri'. Bahkan Si Azmin ni pulak mudah 'Gila Kuasa'.

Tambahan pulak, Si Azmin tu dilihat terlalu taksub menjadi penyokong Tun Mahathir sedangkan DAPigs masih lagi menyimpan rasa curiga terhadap bekas Perdana Menteri itu dalam diam.

Jika dilihat dari satu sudut, melalui pendedahan yang dibuat ini, bermakna kepincangan dalam kepimpinan puak Pakatan Haprak itu sendiri sedang berada dalam keadaan yang cukup kronik.

Ia sekaligus membuktikan bahawa dalam PKR tu memang benar - benar wujud dua kumpulan yang bertelagah sesama sendiri dan puak DAPigs ni cuba mengambil kesempatan terhadap mereka.

Maka persolannya, bagaimana mungkin rakyat dapat memberi kepercayaan kepada puak Pakatan Haprak ini untuk memerintah Negara sekiranya perebutan kuasa masih lagi menjadi penyakit utama dikalangan mereka?

Secara kesimpulannya, perlantikan yang dibuat terhadap Si Saifuddin tu merupakan salah satu strategi Politik yang dilakukan oleh DAPigs bagi menjaga soal kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Bukan la perlantikan itu dibuat bagi menjaga soal kebajikan rakyat!!!
Categories: , ,

4 ulasan:

  1. Kerandut Saifudin direntap, terus Saifudin beri arahan, rentapan diredakan dan dedak disediakan (agaknya)

    BalasPadam
  2. Jangan jadi bola Dap..

    BalasPadam
  3. melayu dh kena main....

    BalasPadam
  4. Melayu,cina,india dan lain2 bangsa sama saja.. 1 malaysia!. Kalau ada melayu rasa bangsa dia lebeh bagus elok pergi tanya Najib..apa itu 1malaysia?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping