Ahad, Januari 01, 2017

Nampak gayanya, kebencian pemimpin PKR terhadap PAS semakin kian terserlah walaupun kedua - dua parti itu mendakwa mereka masih lagi menjalinkan kerjasama Politik diperingkat Rejim Pakatan Selangor.

Terkini, pemimpin PKR Selangor tampil secara sinis memberikan peringatan kepada PAS agar tidak melupakan kejadian pertindihan kerusi yang membabitkan kedua - dua parti itu pada Pilihan Raya Umum yang lalu.

Tegasnya, walaupun PKR - PAS bersahabat, terutama ketika menjalin hubungan dalam Pakatan sebelum ini, mereka perlu akur kepada kepentingan rakyat berbanding kepentingan Politik yang bersifat partisan.
"Siapa yang tikam belakang, siapa yang bersahabat? Tikam belakang, berlawan tiga penjuru, letak calon di Terengganu seramai tiga orang, Selangor seorang, Pulau Pinang seorang.
"Komen saya, untuk bersahabat, kita kena nilai kepentingan orang ramai. Jika ada kepentingan itulah satu-satunya payung untuk meletakkan persahabatan itu," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, isu pertindihan enam kerusi yang turut membabitkan PKR dan PAS menjadi barah dalam hubungan mereka sewaktu kewujudan Pakatan Haramjadah tu..

PAS dan PKR sebelum ini bertelagah dalam meletakkan calon mereka di tiga kerusi DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera. Sementara di Pulau Pinang di DUN Sungai Acheh, Selangor di DUN Kota Damansara dan Johor pula di DUN Panti.

Reaksi pemimpin PKR itu diberikan selepas Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan partinya tidak mengamalkan budaya tikam belakang, terutama dalam menjalinkan persahabatan bersama rakan sekutu politik.

Malah, Timbalan Menteri Besar Kelantan itu juga turut mengingatkan PKR agar tidak 'berperangai' seperti parti serpihannya, PAN meskipun dua parti itu menjalinkan kerjasama dalam Pakatan Haprak (PH).

Bukan itu sahaja, Mohd Amar turut mengingatkan PKR supayan tidak menjadikan PAS sebagai 'Batu Loncatan' mana - mana pihak sehingga partinya dilupakan apabila ada pihak yang sudah sampai ke atas puncak.

Ahli Parlimen PKR Kuala Langat ketika mengulas lanjut bagaimanapun enggan 'melayan' peringatan berkenaan kerana apa yang penting adalah persiapan parti-parti pembangkang untuk mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dalam menumbangkan Barisan Nasional (BN).
"Kita tidak berwatak begitu. Waktu ini adalah waktu bersiap siaga untuk berperang dengan Umno-BN. Itu jelas. Masa untuk bercakap soal integriti dan sebagainya, kita pinggirkan, tumpu untuk tumbang Umno-BN," tegasnya. 
Kenyataan dari pemimpin PKR itu memberikan gambaran yang cukup jelas seolah - olah pemimpin PAS ni semuanya jenis manusia yang mudah 'Lupa Diri' terhadap apa yang telah dilakukan sebelum ini.

Dalam erti kata lainnya, PKR cuba mengingatkan PAS tentang 'Dosa - Dosa' dan 'Pengkhianatan' yang telah dilakukan oleh parti itu sebelum ini supaya PAS tidak menganggap diri mereka terlalu 'Suci' serta 'Maksum' sehingga tahap boleh memberikan 'Amaran' kepada orang lain!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Pakatan yg tidak berpakat...harapan yg tak ada harapan.

    BalasPadam
  2. Pkr jgn angkuh...Selangor belum tentu menang pru akn datang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping