Ahad, Januari 08, 2017

Naib Presiden PKR Nurul Izzah didakwa cuba mengelak dari menjadi pertanyaan sama ada sekutu terbaru blok pembangkang, PPBM yang kini dilihat sudah menjadi liabiliti kepada Pakatan Haprak tu.

Walaupun tidak menjawab soalan secara langsung apabila ditanya, Si Nurul Izzah tu sebaliknya menyeru semua parti pembangkang bersama-sama, terutama dengan pilihan raya umum (PRU) ke-14 bakal tiba.
“Semua orang perlu sedar pengundi sedang menunggu. Kita perlu menjadikan rakyat sebagai fokus, dan memenangi PRU akan datang. Jika tidak semua orang akan menderita,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini hari ini.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu ditanya jika skandal yang pada ketika ini menyelubungi PPBM yang baru berusia 4 bulan itu, dan kemelut politik dalaman parti itu menjadikan ia satu liabiliti kepada Pakatan.

Apabila ditekan untuk mendapatkan jawapan, Nurul Izzah sekali lagi mengulangi jawapannya mengenai bagaimana pembangkang perlu mengawal komunikasi bagi berhadapan dengan PRU yang akan datang.
“Kita perlu pulih, lebih sabar dan memberi tumpuan kepada perpaduan. Jadi, tidak kira bagaimana kecewa, atau marah kita, bagi saya, kita mempunyai masa memastikan semua orang memberi tumpuan kepada agenda reformasi.”
Jika dilihat dari satu sudut, memang betul pun tindakan Si Nurul Izzah tu. Menda kejadah pulak dia nak jawab soalan berkaitan dengan 'Skandal Lendir' yang kini melanda PPBM tu pada ketika ini.

Yang sepatutnya menjawab persoalan mengenai perkara tersebut adalah pemimpin dari kalangan puak PPBM tu sendiri. Diorang yang sepatutnya keluar dengan kenyataan berhubung isu yang dibangkitkan.

Si Nurul Izzah ni bukannya pemimpin dari parti yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin tu. Kalau nak diikutkan, para pemimpin PPBM tu pandai pulak buat kenyataan menyerang pihak Kerajaan.

Tapi, bila isu yang berkaitan dengan kemelut kepimpinan dalam parti diorang sendiri, tak berani diorang nak jawab. Kenapa diorang hanya mendiamkan diri dan menutup mulut berkaitan dengan isu tersebut?

Bacul sangat ke pemimpin PPBM tu nak menjawab isu yang kini menjadi persoalan dikalangan rakyat sehingga tak siapa pun yang berani bersuara mengenainya? ATAU, adakah diorang cuba nak mendiamkan terus perkara tersebut?

Pokok pangkalnya, Si Nurul Izzah ni bukannya peduli sangat pun dengan apa yang berlaku terhadap parti lain dalam lingkungan puak Pakatan Haprak tu. Yang penting bagi dia hanya untuk mencari jalan supaya dia kekal menjadi Ahli Parlimen dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Mmg jahanam Malaysia kalau dapat kat puak2 ni. Dari statement tu nampak sangat mmg tak ngam tp sbb PRU14 nye pasal terpaksa sabar. Lepas menang sok baru nak royal rumble. Habis menderita la rakyat semua…

    BalasPadam
  2. Dia pun sama juga. Apa cerita dia dengan Ezam? Selalu ke Jakarta.

    BalasPadam
  3. Klu asyik bercakaran dan terpalit dgn isu berat mcm mana rakyat nak undi.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping