Isnin, Januari 16, 2017

Tindakan PAS yang mendakwa sukar untuk kerjasama dengan Pengerusi PPBM, Tun Mahathir seolah - olah menempelak diri mereka sendiri, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
"Tidak perlu menuduh Mahathir sukar untuk dibawa berbincang dan bekerjasama, Pas lah yang sebaliknya susah memberi kerjasama dalam gerakan untuk merampas takhta kerajaan pada pilihan raya akan datang.
“Kenyataan Pas seolah-olah mencerminkan diri sendiri. Bersatu atau Mahathir sendiri sekurang-kurangnya boleh duduk bersama-sama dengan semua rakan pembangkang dan berbincang tentang gerak kerja bagi pilihan raya akan datang.
“Yang tak sanggup duduk, bincang dan bekerjasama adalah Pas. Pas banyak letak syarat, tak mahu bincang dan sebagainya. Macam-macam yang dia (Pas) mahu kita ikut dia,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, gabungan Pakatan pembangkang di Malaysia ini akan menghadapi kesukaran jika mereka meneruskan hubungan kerjasama dengan Tun Mahathir.

Malah, menurut kata Mohd Amar, sikap Tun Mahathir yang tidak pernah berubah semenjak dari dulu sehingga sekarang akan menyukarkan lagi hubungan kerjasama Politik diantara pembangkang secara keseluruhan.

Menangkis serangan PAS, Khalid sebaliknya mendakwa, PAS seharusnya sedar bahawa satu - satunya pihak yang masih lagi tidak bersama dengan Pakatan pembangkang itu adalah PAS sendiri.
“Dia (Pas) tuduh kita (pembangkang lain) macam-macam. Sedangkan dia lah parti yang terpinggir dari semua orang sekarang ini. Jadi siapa yang susah untuk kerjasama sebenarnya?
“Saya rasa rakyat pun sudah pandai menilai siapa yang susah untuk dibawa berbincang sebenarnya,” katanya sinis.
Secara kesimpulannya, Si Khalid Samad ni cuba memberikan gambaran bahawa PAS adalah sebuah parti yang tak sedar diri dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin parti itu hanya membuka kemaluan mereka secaraterang - terangan!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Pan tak habis2 cakap besar...gila nak berkuasa. Sokongan tak seberapa tpi angan2 tinggi.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping