Selasa, Januari 10, 2017

Nampak gayanya, perbalahan diantara PAS dan PAN semakin hari semakin bertambah kronik dan tidak dilihat tanda - tanda mereka akan berdamai diantara satu dengan yang lain dalam masa terdekat.

Jika sebelum ini, PAN sering kali menyerang kepimpinan PAS dan cuba mewujudkan gambaran negatif seolah - olah parti itu cuba nak melaksanakan Hukum Hudud di Negeri Kelantan.

Perkara itu menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan dikalangan rakyat dipelbagai peringkat ekoran bantahan yang dibuat secara terbuka oleh PAN dan DAPigs terhadap cadangan pindaan RUU 355 yang dibuat oleh PAS.

Sehubungan dengan itu, Ketua Dewan Ulama PAS menyifatkan PAN sebagai 'Cacing Kepanasan' berikutan gesaan mereka yang meminta PAS membahaskan RUU 355 di Parlimen.

Mahfodz merujuk sikap PAN yang sebelum ini kerap mengkritik usaha PAS untuk membawa cadangan pindaan RUU 355 itu, tetapi kemudiannya tampil dengan RUU alternatif yang didakwa 'lebih baik' dari apa yang dibawa PAS. 
"Mereka seperti cacing kepanasan. Sikap mereka sekarang (ialah) apa yang dilakukan oleh PAS kesemuanya salah. Apabila kita bentang RUU 355 mereka juga bentang RUU alternatif. Apa hak mereka? 
"Jika diluluskan nanti pun, yang akan mula laksanakan RUU 355 ini di Kelantan. Amanah mana ada negeri yang sibuk-sibuk begitu? Konon hendak bentangkan RUU mereka lebih baik, namun mujur tidak dapat kelulusan Parlimen," katanya kepada Antarapos hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PAN berkata, Parlimen merupakan pentas yang sesuai untuk PAS membahaskan RUU 355 itu sebagai usahanya memberikan kefahaman lanjut berkenaan usahanya memartabatkan bidang kuasa mahkamah syariah.

Respon itu diberikan selepas PAS pada kelmarin mengumumkan penganjuran Himpunan 355 pada 18 Februari depan untuk memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya yang beragama Islam tentang hasrat partinya.

Usul yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bertujuan menambah hukuman maksimum Mahkamah Syariah kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan sebatan 100 kali.
"Ketika mereka termasuk Salahuddin dan pemimpin Amanah ketika berada dalam PAS suatu ketika dahulu, sebenarnya dia yang mencadangkan (supaya PAS) bawa RUU dalam bentuk RUU 355.
"Jangan dibawa usul hudud Kelantan dan Perkara 76a, kerana jika kita teruskan tidak akan mendapat kelulusan majoriti dua per tiga. Maka mereka cadangkan RUU 355 dan boleh luluskan kerana boleh dapat majoriti mudah," demikian menurut Mahfodz lagi.
Pokok pangkalnya, PAN menjadi isu berkaitan dengan RUU 355 itu sebagai bahan modal Politik Murahan mereka untuk mewujudkan sentimen kebencian dikalangan rakyat terhadap PAS.

Apa yang jelas, tindakan pemimpin PAN memberi gambaran sedemikian hanya sekadar mengikut telunjuk dan menjadi Barua kepada DAPigs yang secara terbuka menentang cadangan pindaan tersebut sejak daripada awal!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Pan ikut Dap je...klu Dap tak setuju maka tak setujulah...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping