Isnin, Januari 02, 2017

PAS menyifatkan sesetengah pemimpin PAN “meroyan” kerana bimbang dengan kejayaan parti itu mendekati Umno untuk memperkasakan Islam dan seterusnya meningkatkan imejnya di mata rakyat, kata ketua penerangan Dewan Ulama PAS.

Datuk Khairuddin Aman Razali membidas kenyataan Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad yang menganggap penyertaan pemimpin PAS dalam program anjuran UMNO di luar negara bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, sebagai usaha mambantu memulihkan tanggapan negatif terhadap Barisan Nasional (BN).
“Apabila orang seumpama Khalid meroyan dengan kehadiran pimpinan PAS di majlis penjelasan Islam anjuran Umno sendiri, ia menunjukkan Amanah sangat bimbang dengan peningkatan imej PAS di mata rakyat,” katanya kepada FMT.
Khairuddin turut mempertahankan tindakan pemimpin PAS menyertai program anjuran UMNO di luar negara sebagai satu daripada beberapa acara bersama rakyat Malaysia untuk menjelaskan pelbagai isu politik tanah air.

Antaranya penjelasan mengenai usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibentangkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, pada Mei tahun lalu.
“Jika Umno bersedia membantu PAS dalam usaha RUU 355 menunjukkan Umno semakin menerima kepentingan bersama memperkasakan Islam. Itulah kejayaan dakwah PAS. PAS akan terus membina imej sebagai pejuang agama di mata ahli UMNO.
“Amanah menjadi penyapu kepada imej DAP yang anti-Islam dengan pelbagai lagak dan gaya. Khalid Samad sendiri menjadi hero yang membentengi segala macam agenda DAP, termasuk menentang agenda memperkasakan RUU 355,” katanya.
Khalid menyifatkan penyertaan PAS dalam program anjuran UMNO itu sebagai pendekatan tidak sesuai dan sikap sama pemimpin parti Islam itu mendekati UMNO sebelum ini antara punca sebahagian ahli meninggalkan PAS.

Program anjuran Umno itu disertai Khairudin bersama pemimpin PAS lain, termasuk Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Mohd Izani Husin, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Muhtar Suhaili dan Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

PAS sudah beberapa kali menegaskan tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan Umno, selaras keputusan Majlis Syura Ulama, melainkan isu membabitkan kepentingan Islam, PAS terbuka bekerjasama dengan mana-mana pihak, termasuk parti pemerintah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping