Jumaat, Januari 06, 2017

Jika dilihat dari satu sudut, memang itu gambaran yang cukup jelas diberikan oleh pemimpin PKR ini terhadap usaha menjalinkan kerjasama diantara mereka dengan parti itu dalam masa terdekat.

Sekiranya PKR benar - benar mengharapkan bantuan PAS, maka sudah pasti mereka akan menjadikan isu pembahagian kerusi dengan PAS sebagai satu keutamaan yang diperlukan didahulukan pada ketika ini.

Namun sebaliknya, PKR hanya menumpukan perhatian mereka untuk memperkukuhkan jentera parti melalui siri Jelajah Siap Siaga sepertimana yang didakwa oleh Si Nurul Izzah dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Si Nurul Izzah, PKR buat masa ini tidak mengadakan sebarang rundingan berkaitan dengan kerusi dengan PAS menjelang Pilihan Raya Umum yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Ahli Parlimen Lembah pantai itu juga berkata, keutamaan partinya pada masa kini adalah memberi tumpuan kepada siri 'Jelajah Siap Siaga', yang menjadi sebahagian persiapan mendepani pilihan raya.  
"Saya fikir isu itu tidak berbangkit sekarang. Tumpuan kami seperti yang saya sebutkan 'Jelajah Siap Siaga', dan rundingan terbaik berlaku secara tertutup. Saya fikir banyak yang telah diucapkan secara terbuka," katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti di Petaling Jaya, hari ini.
Kenyataan yang dibuat oleh Si Nurul Izzah itu dibuat ketika dia ditanya pemberita mengenai perkembangan berkaitan dengan rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan PAS. 

PAS sebelum ini menegaskan hanya akan berunding dengan PKR bersabit isu pembahagian kerusi yang tetap menolak untuk menjalin kerjasama dengan Pakatan kerana enggan terlibat dengan DAPigs dan PAN.

Parti itu sebaliknya menyertai blok politik baru bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bagi membentuk Gagasan Sejahtera (GAGASAN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Isu berkaitan dengan pembahagian kerusi diantara parti pembangkang itu kini menjadi persoalan yang semakin hangat diperkatakan, khususnya dikalangan rakyat sejak kebelakangan ini.

Ianya menjadi bertambah rumit dengan kewujudan beberapa buah parti baru seperti parti PPBM yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin dan juga parti serpihan PAS, PAN yang diterajui oleh Mat Sabu.

Jika sebelum ini, Timbalan Presiden PKR membuat kenyataan mendakwa bahawa parti itu bersedia untuk berkongsi kerusi dengan PPBM namun tidak menyatakan mengenai kerjasama dengan PAN.

Keadaan itu bertambah rumit apabila PAN seringkali mengulangi pendirian bahawa mereka mahu merampas kawasan yang ditandingi oleh PAS dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Cakap besar...masa pilihan raya sblum ni bnyak guna jenteta Pas.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping