Ahad, Januari 15, 2017

Sepertimana yang memang sudah dijangka. Puak PKR ni pun dah keluarkan kenyataan media menafikan yang diorang ada mengeluarkan surat kerahan ahli yang didedahkan sebelum ini.

Tapi, bila membaca kenyataan yang dibuat oleh Si Sam Ketot ni membuatkan ramai yang terasa hairan dengan alasan yang diberikan. Kata dia, surat yang dikeluarkan tu jelas meragukan.
"Kalau baca surat berkenaan, itu bukan surat dari PKR (Pejabat Setiausaha Agung). Kalau baca surat itu, kena pakai baju merah, tidak boleh sebut nama PKR.

"Baca surat itu pun boleh tahu perkara ini bukan daripada PKR, nak cakap apa lagi," katanya kepada Antarapos.
Ok. Kalau betul PKR tak keluarkan surat tu, apa kata diorang ambik tindakan terhadap pihak yang menyebarkannya sebelum ini? Kenapa tidak mereka membuat laporan Polis berkenaan perkara tersebut?

Dan yang paling menjadi tanda tanya ialah sama ada pemimpin atau pengikut PKR tu akan turut serta hadir dalam Majlis Pelancaran parti PPBM yang telah diadakan malam ini?

Surat tersebut dilihat meminta semua Ketua Cabang parti agar mengerah ahlinya untuk hadir menyatakan sokongan kepada PPBM sempena majlis pelancarannya di Stadium Melawati Shah Alam.

Turut dinyatakan dalam surat itu, PKR Selangor wajib menghantar minimum dua buah bas dengan memberikan token berjumlah RM100 setiap seorang.

Sekiranya ingkar, mana-mana ahli yang tidak berbuat demikian akan disenarai hitam dan dihalang daripada mendapat elaun bulanan JKKK, menurut surat itu.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping