Jumaat, Januari 13, 2017

Wow! Hahaha! Hinanya PAS dikaca mata puak PPBM ni bila ada pemimpin parti itu tampil mempertikai dan mengkritik Pengerusi mereka sehingga tahap dikecam sedemikian rupa secara terbuka.

Walaupun dalam masa yang sama parti itu masih dilihat cuba menagih sokongan dan dokongan simpati murahan dari PAS dengan menghantar pemimpin mereka menyertai ceramah anjuran PAS.

Tapi ada juga dikalangan mereka yang memandang hina terhadap PAS hanya semata - mata parti itu tidak sehaluan dan sependapat dengan kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir baru - baru ini.

Jika sebelum ini, pemimpin PAS mendakwa, gabungan Pakatan pembangkang di Malaysia sukar untuk bersatu kerana wujudnya pengaruh Tun Mahathir dan sikap yang ditonjolkan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Pemimpin PAS itu memberikan gambaran seolah - olah Tun Mahathir ingin menjadi Ketua kepada gabungan Pakatan pembangkang itu dan menyebabkan kepimpinan Pakatan Haprak tu sukar untuk bersatu.
“Kena beza itu, kerjasama kalau berlaku hanya antara Pas dan PPBM bukan dengan Mahathir sebab kita tahu dia tidak boleh bekerjasama. Dan, kita juga sama sekali tidak akan mendengar apa-apa pandangan Dr. Mahathir.
“Dr. Mahathir ini, tidak boleh bekerjasama dengan sesiapa pun. Kalau betul nak kerjasama, Dr. Mahathir mesti ubah sikapnya. Dr. Mahathir kena ingat dia bukan lagi Perdana Menteri atau Presiden Umno,” katanya.
Namun, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PAS itu dibidas oleh pemimpin PPBM yang menggesa agar parti itu berhenti dari "bermukah" dan sebaliknya "bernikah" dengan UMNO secara terbuka.

Dalam masa yang sama, pemimpin PPBM yang sebelum ini pernah menjadi pencacai Si Ketua Penipu tu untuk menentang kepimpinan Tun Mahathir menganggap PAS hanya menguntungkan UMNO.

Bagi beliau, adalah lebih baik PAS bernikah terus dengan UMNO dari terus bersekedudukan dan melakukan 'persetubuhan haram' dengan menyerang kepimpinan Tun Mahathir seperti yang dilakukan pada ketika ini.
"Isu sebenar yang negara hadapi adalah isu 1MDB, SRC, RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Najib.  Ini PAS tak cakap, ia isu rakyat yang boleh digunakan untuk tumpaskan Umno," katanya.
Itulah yang IRONIKnya dengan pemimpin parti PPBM ni. Dulu, dia juga yang sibuk menyebar dakyah pembohongan dan cuba nak menjatuhkan Tun Dr. Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri.

Tapi sekarang, semuanya sudah berubah. Dia pulak sanggup mengagung - agungkan bekas Perdana Menteri yang pada suatu ketika dahulu dituduh sebagai seorang pemimpin yang Kejam serta bersikap seperti Diktator yang menzalimi Si Ketua Penipu tu!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Parti cap bunga dlm kepeningan krn masalah dalaman yg mula meretakkan parti.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping