Sabtu, Januari 14, 2017

Heh! Hari ini tular dilaman media sosial termasuk didalam aplikasi mesej Whatsapp sekeping surat rasmi yang dikatakan keluar dari Ibupejabat PKR yang mengarahkan ahli turun berhimpun di Stadium Melawati.

Katanya, surat tersebut dikeluarkan bagi mengerahkan semua ahli PKR agar turut serta dalam Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang akan diadakan pada hari ini, jam 8.30 malam.

Menurut isi kandungan surat yang ditanda tangani oleh Setiausaha Agung PKR itu jelas menggesa agar semua Ketua Cabang membat kerahan dan mobilasi anggota untuk serta hadir didalam perhimpunan tersebut.
"Di Selangor, adalah diwajibkan menghantar minumum 2 buah bas dan akan diberikan token sejumlah RM 100 setiap orang. Sesiapa yang ingkar akan disenarai hitam dan akan dihalang mendapat elaun bulanan JKKK," memetik isi kandungan surat yang disebarkan itu.
Persoalannya, adakah benar PKR mengeluarkan surat tersebut bagi mengarahkan ahli serta penyokong dipelbagai peringkat agar turut serta dalam pehimpunan yang bakal diadakan oleh PPBM itu malam nanti?

Sekiranya benar surat itu dikeluarkan oleh PKR, ianya secara tidak lansung memberikan gambaran seolah - olah parti itu terlalu terdesak mahu mendapatkan sokongan dari pemimpin PPBM.

Dan jika dilihat dari satu sudut, tindakan PKR mengarahkan ahli mereka itu juga membuktikan bahawa PPBM tidak mendapat sambutan seperti mana yang digembar - gemburkan selama hari ini.

Jika tidak, kenapa pulak mereka terpaksa bergantung harap kepada ahli serta pengikut PKR untuk meramaikan orang dalam Majlis Pelancaran parti mereka yang akan diadakan malam nanti?

Namun, sekiranya surat ini tidak dikeluarkan oleh Ibupejabat PKR, maka sudah pasti ada pihak yang sengaja mengada - adakan surat tersebut sebagai satu usaha untuk memperlekehkan PPBM secara terbuka.

Bahkan ada juga yang berpendapat bahawa kewujudan surat tersebut adalah satu usaha untuk memburukkan nama baik Setiausaha Agung PKR yang sebelum ini telah dilantik sebagai Penasihat Strategi Lim Guan Eng yang turut menerima kritik dari pelbagai pihak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping