Jumaat, Januari 13, 2017

Lebih sepuluh pintu rumah sewa musnah apabila tiga unit rumah di Jalan 7, Kampung Pandan di sini, terbakar, awal pagi tadi. 

Bomba yang telah menerima laporan mengenai kebakaran pada jam 2.15 pagi tadi, mengerahkan lebih tujuh jentera bersama 42 anggota ke tempat kejadian. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Ruhisha Haris, berkata lokasi kebakaran membabitkan kawasan seluas kira-kira 930 meter persegi menempatkan tiga buah rumah lot kelas C.

Katanya, setiap rumah lot yang terlibat telah dipecahkan kepada beberapa pintu rumah sewa dan 90 peratus yang mendiami rumah terbabit terdiri daripada kalangan warga asing. 
"Jentera pertama sampai ke lokasi kejadian pada jam 2.23 pagi dan seterusnya 42 anggota bomba dari lima balai iaitu Balai Pudu, KLCC, Hang Tuah, Tun Razak dan Keramat serta bomba sukarelawan dari Bukit Bintang dan Desa Petaling terbabit dalam kerja memadam kebakaran. 
"Selepas setengah jam, kebakaran dapat dikawal dan kerja memadam sisa kebakaran masih diteruskan pagi ini," katanya dalam satu kenyataan, tadi. 
Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat dan tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian ini. Namun kelibat Ahli Parlimen Pandan masih lagi belum kelihatan dan dilaporkan 'Hilang'.

Mungkin sebab mangsa yang terlibat bukan dari kalangan pengundi dia gamaknya. Maka sebab itu sampai tengahari tadi takde sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Ahli Parlimen Pondan tu. Kalau cerita bab fitnah, laju la dia tunjuk muka!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping