Ahad, Januari 08, 2017

Kesian! Itu ayat yang sebetulnya. Tapi nampak gayanya Si Saifuddin tu dah lupa dengan perkataan tersebut apabila dia meluahkan rasa kecewanya terhadap kenyataan yang dibuat oleh PAS melalui Harakah semalam.

Menurut beberapa orang sahabat yang rapat dengan PAS, tindakan Si Saifuddin tu cuba nak membangkitkan soal perlantikan yang dibuat oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz terhadap dirinya sebelum ini hanya mengelirukan.

Katanya, tindakan Allahyarham melantik Si Saifuddin tu adalah kerana dia "Kesian" dengan nasib malang yang menimpa Si Saifuddin tu, bukannya kerana kredibiliti serta kemampuan yang dia miliki.

Sama seperti pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra sebelum ini, tindakan Allahyarham Nik Aziz melantik Si Saifuddin tu hanya semata - mata kerana dia hilang arah tuju dan dipinggirkan dari PKR pada ketika itu.
"Mungkin atas dasar ihsan, maka Allahyarham melantik Saifuddin untuk menerajui syarikat berkaitan dengan Kerajaan (GLC) seperti mana yang didakwa," jelas rakan tersebut.
Melalui pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra, Si Saifuddin tu pernah dilantik oleh Allahyarham Nik Aziz selepas dia 'Merajuk' kerana tidak diberi sebarang kedudukan oleh Si Ketua Penipu tu.

Malah Raja Petra juga mendakwa, Si Saifuddin tu rasa kecewa apabil Si Ketua Penipu tu tidak memberikan sebarang perhatian kepada dirinya dan menganggap Si Azmin tu sebagai 'Anak Emas'.

Namun, perlantikan yang dibuat oleh Guan Eng terhadap Si Saifuddin tu baru - baru ini berbeza dengan tindakan yang dilakukan oleh Tuan Guru Nik Aziz dimana pemimpin DAPigs tu ada agenda Politik yang tersembunyi.

Diantara yang didedahkan, DAPigs mengharapkan Si Saifuddin tu dapat menjadi 'Barua' mereka dalam PKR agar dapat mengimbangi pengaruh Azmin Ali yang semakin bertambah kukuh pada ketika ini.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila DAPigs sendiri pun masih lagi menyimpan rasa dendam terhadap Azmin yang dianggap enggan tunduk dan patuh kepada kehendak parti itu sebelum ini.

DAPigs menganggap Azmin sebagai seorang pemimpin yang Sombong dan Angkuh hanya semata - mata kerana Timbalan Presiden PKR itu enggan memutuskan hubungan kerjasama Politik dengan PAS.

Bahkan, DAPigs juga turut menyalahkan Azmin sebagai orang yang bertanggungjawab menyebabkan parti itu GAGAL menambah bilangan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kerana berlaku pertindahan calon.

Dalam erti kata lainnya, tindakan Si Saifuddin nak menyamakan perlantikan yang dibuat oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dengan DAPigs adalah satu bentuk kekeliruan yang menyelubungi dirinya sendiri. Ternyata dia tak dapat nak membezakan diantara 'Dedak' dan 'Simpati'!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping