Rabu, Januari 04, 2017

Kebarangkalian wujudnya kemungkinan puak Pakatan Haprak tu nak melengahkan Pilihan Raya Umum memang logik jika difikirkan dari satu sudut memandangkan keadaan mereka yang tengah kucar kacir sekarang ni.

Kalau dilihat keadaan Politik semasa didalam Pakatan Haprak tu sendiri pun masih lagi huru hara. Isu nak meletakkan siapa bakal calon Perdana Menteri pun boleh buat diorang jadi porak peranda.

Itu belum bercerita mengenai isu pembahagian kerusi lagi. Masing - masing dilihat masih enggan berkompromi sesama sendiri walaupun mereka sudah menandatangani perjanjian sebelum ini.

Jadi, tak mustahil sekiranya langkah yang diambil oleh Si Nurul Izzah ni merupakan salah satu alasan bagi puak Pakatan Haprak tu nak melengah - lengahkan Pilihan Raya Umum yang dijangka berlaku dalam tahun ini.

Jika sebelum ini, spekulasi hangat diperkatakan diperingkat bawahan yang mengatakan kebarangkalian Pilihan Raya Umum ke 14 bakal diadakan sama ada pertengahan atau pun lewat tahun ini.

Maka, jika mengambil kira perbalahan dan perseteruan yang berterusan didalam Pakatan Haprak tu pada ketika ini, mereka sudah pasti memerlukan 'Masa Tambahan' bagi menyelesaikan kemelut yang melanda.

Konflik dikalangan puak Pakatan Haprak ni bukan hanya melibatkan sesama parti pembangkang itu sahaja. Bahkan perbalahan dalaman parti - parti Pakatan Haprak tu juga tak kurang hebatnya.

Maka jika diambil kira keadaan itu secara keseluruhannya, ianya mampu menjadi satu alasan yang sangat logik dan boleh diterima akal apabila Si Nurul Izzah ni mencabar pihak SPR melalui tindakan undang - undang.

Sebab semua orang pun dah sedia maklum bahawa prosiding melalui proses undang - undang ni memakan masa yang agak panjang. Belum tentu ianya dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat.

Melainkan SPR terpaksa tunduk kepada tuntutan yang dibuat oleh Si Nurul Izzah ni dan tidak mengubah persempadanan semula seperti mana yang telah dicadangkan sebelum ini. Jika tidak, maka kemungkinan Pilihan Raya Umum diadakan dalam tahun ini sangat tipis!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Setahu aku kalau nak cabar persempadanan tak payah pakai mahkamah pun, waktu proses persempadanan aritu bleh lawan, tinggal bawak geng dia, bawak bukti, bentang depan SPR... Ni naik mahkamah bagai nak propa je lebih ni... Tak payah lah undi diorang ni, dah diberi peluang xnk pakai, bila terlepas buat kecoh pulak, bila dah kecoh kecut... Oh ya, pilihan raya bukan taun ni ikut patutnya... Taun depan, 2018... Yang ckp taun ni tu puak2 pakatun n protun yg x sabar2 nak hilang jawatan je tu hahahaha

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping