Sabtu, Januari 07, 2017

Setiausaha Agung PKR, yang dilabel 'dedak' oleh Harakahdaily ekoran pelantikannya sebagai Penasihat Strategik kerajaan Pulau Pinang, meminta portal itu agar mencontohi jiwa besar Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Saifuddin berkata, bekas menteri besar Kelantan itu pernah memberinya peluang memimpin badan berkaitan kerajaan (GLC) Kelantan pada 2004 hingga 2007, walaupun berbeza parti. 
"Tidak timbul istilah Nik Abdul Aziz beri dedak kepada Saifuddin. Masa itu DAP pun tak pertikaikan, tak ada sesiapa pertikai pun," katanya dipetik FMT hari ini.
Tambah Saifuddin, Nik Aziz turut memberi kepercayaan kepadanya untuk menjalankan program kebajikan untuk rakyat Kelantan.
"Dia (ulasan Harakahdaily) lihat setiap langkah politik yang dibuat selain daripada kerangka mereka akan memberikan suatu mudarat yang besar. Saya anggap ianya sebagai analisis yang cetek," menurut Saifuddin lagi.
Terdahulu lidah rasmi PAS itu menyifatkan pelantikan yang dibuat terhadap Saifuddin ke jawatan Penasihat Strategik Rejim DAPigs Pulau Pinang, sebagai 'dedak'. 
"Pelantikan itu hanyalah 'dedak' supaya individu atau parti yang dilantik akan terikat. Dengan kelebihan sebagai kerajaan, DAP menggunakan kesempatan itu memberikan jawatan bagi menggerakkan misinya," menurut komen yang diterbitkan portal itu menerusi ruangan editorial, semalam.
Menurut komen itu lagi, pelantikan Saifuddin adalah sebahagian daripada usaha DAPigs yang mahu menyekat sebarang hubungan kerjasama Politik diantara PKR dengan PAS.

Menurutnya, pelantikan 'orang penting PKR' dalam pentadbiran DAPigs itu berlaku ketika PKR masih menunjukkan 'sayang dan rindu' kepada PAS, yang ketika ini masih meneruskan tahaluf siyasi.

Terdahulu, pelbagai spekulasi tersebar berkaitan dengan perlantikan yang dibuat terhadap Si Saifuddin termasuk cubaan DAPigs mahu memecah belahkan PKR yang kini mengalami krisis kepimpinan yang sangat kronik dan terbahagi kepada dua kumpulan.
Categories: , , ,

5 ulasan:

  1. tajuk artikel ni lucu..."BENGKAK"..hahah

    BalasPadam
  2. Lantikan masa almarhum tgna tak mcm keadaan politi hri ini. Saifudin jgn keliru.

    BalasPadam
  3. pemakan dedak DAP dah mula kelupur...hahahahaha

    BalasPadam
  4. Dap dah tambat tengkok pkr.. Kena ikut je apa dap suruh, mcm pan.. He3

    BalasPadam
  5. melayu pemakan dedak senang ditipu komunis...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping