Jumaat, Januari 13, 2017

Heh! Bila sebut nama Saddiq ni, teringat pulak watak Saddiq Sigaragar, Saudagar Barang Purba dalam filem 3 Abdul arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Memang cukup sinonim sungguh dengan nama Saddiq yang lagi sorang ni.

Kalau dalam filem tu, Saudagar Saddiq Sigaragar tu digambarkan sebagai seorang peniaga yang kaya. Tapi sayangnya, dia tak berapa cerdik nak mengembangkan perniagaan dia secara jujur. Maka terpaksa la dia menipu.

Namun malangnya, penipuan yang dilakukan oleh Saddiq Sigaragar tu akhirnya menyebabkan bukan sahaja harta dia yang kena jual, tapi maruah dia serta ahli keluarga dia juga turut tergadai secara terbuka.

Sama la macam Si Saddiq sorang lagi ni. Hajat hati dia nak tunjuk yang dia tu maksum dan suci. Tapi dalam masa yang sama, tindakan yang dia lakukan tu bukan sahaja memalukan diri dia sendiri secara terbuka.

Bahkan Si Saddiq sorang ni telah memalukan maruah Presiden parti dia sendiri yang TAKUT nak buat laporan Polis terhadap pendedahan berhubung 'Skandal Lendir' yang dibuat sebelum.

Berulang kali Presiden parti Si Saddiq tu didesak agar mengambil tindakan sedemikian. Malah dia juga turut didesak oleh salah seorang penyokong parti itu sendiri secara terang - terangan.

Seperti mana yang dinyatakan oleh penyokong kuat Tun Mahathir, Si Khairuddin tu sebelum ini, perkara itu perlu dilakukan bagi membersihkan imej serta nama baik parti dikalangan masyarakat.

Tapi malangnya, bukan sahaja tidak ada sebarang laporan Polis yang dibuat, malah nak ambik tindakan undang - undang pun Presiden parti Si Saddiq tu tak berani. Bacul sangat gamaknya Presiden kesayangan Si Saddiq ni.

Dan yang bertambah memalukan ialah apabila Si Saddiq tu sendiri hanya sekadar mendiamkan diri. Malah, tak berani juga dia nak tegur pemimpin atasan dia supaya ambik tindakan sewajarnya.

Itu menunjukkan yang Si Saddiq ni sebenarnya seorang pejuang yang PENGECUT. Takkan depan mikrophone je dia berani kata yang dia nak menegakkan Kebenaran sedangkan didalam parti dia sendiri, Kecut pulak Buah Kerandut dia!!! Jadi, tak payah la dia nak berlagak 'Suci' sangat!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. Banyak sangat undang2. Lu sendiri komen.

    BalasPadam
  2. Budak perasan dia cerdik, katok kepala dengan sendok Mak Long sekali baru terencat akai!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping