Tindakan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang tampil ke depan mendedahkan wujud pakatan sulit untuk menaikkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri Pembangkang, berkemungkinan mempunyai 'asas yang kukuh'.
Menurut penganalisis politik, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, veteran politik itu tidak akan sewenang-wenangnya 'mengundang padah' dengan mendedahkan sesuatu tanpa bersandarkan maklumat yang sahih dan jelas.
"Saya tak fikir beliau main cakap sahaja.
"Beliau takkan berani cakap kalau beliau tak ada sumber yang sah, kalau bercakap tanpa sumber yang sah, beliau memang mengundang padah disaman oleh (Tun Dr) Mahathir atau (datuk Seri) Mukhriz," katanya kepada Antarapos.
Ramlah juga berpendapat, tidak mustahil sumber kepada bekas pemimpin DAP itu adalah daripada pihak yang mempunyai kaitan dalam parti.
Katanya juga, pandangan individu seperti Tunku Aziz patut diberi perhatian kerana beliau merupakan orang yang pernah berada dalam kepimpinan DAP sendiri dan tahu 'selok belok' parti berkenaan.
"Bagi saya Tunku Aziz tak ada isu dan masalah.. dia berani dan bertanggungjawab. Saya rasa itu sifat orang yang tak ada kepentingan politik sebab beliau pemerhati," katanya.
Tunku Aziz pada Jumaat lalu mendedahkan wujudnya perjanjian sulit yang dimeterai antara Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam menentukan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
Perjanjian itu menetapkan Mukhriz dan Kit Siang masing-masing diangkat sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, sekiranya pembangkang berjaya menakluk Putrajaya.
Terbaru hari ini, Tunku Aziz menyatakan kesediaan disaman jika pendedahannya berhubung perjanjian sulit itu tidak benar.
Tunku Aziz malah mencabar Mukhriz dan Kit Siang agar membuat akuan bersumpah (SD) bahawa kedua-duanya tidak pernah bercita-cita menjawat dua jawatan itu.
"Kalau dia (Mukhriz) tak mempercayai sumber itu, dan mengaku tidak terlibat atau bapanya tidak berpakat dengan Lim Kit Siang, dia patut keluar dengan pernyataan (penafian)," katanya menyokong gesaan yang sama disuarakan Tunku Aziz.
Biarlah kedua2 pak pandir ni angan2 mat jenin...sampai licin kepala mukriz pun dia xkan merasa jadi PM..
BalasPadamAda berani ke puak Dap nak saman. Mintaklah bantuan peguam Pan yg bijak dn progresif tu..
BalasPadam