Rabu, Januari 04, 2017

Hahaha!!! Barangkali ini lawak paling ulung yang pernah dibuat oleh Si Mahfuz Bean ni. Mungkin resolusi dia dalam tahun 2017 ni adalah untuk menjadi pemimpin yang paling banyak buat lawak bodoh.

Paling tidak pun, alasan yang diberikan oleh Si Mahfuz Bean ni menunjukkan yang dia bukan sahaja seorang pemimpin yang lupa diri. Bahkan dia juga seorang pemimpin yang memang takde maruah.

Maka sebab itu dalam satu kenyataan yang dibuat sebelum ini, Si Mahfuz Bean tu mendakwa dia hanya sekadar nak menjadi 'Hero' dalam PAS bagi memastikan parti tu seimbang.

Malah dalam masa yang sama, Si Mahfuz Bean tu mendakwa dirinya sebagai 'Orang Tengah' bagi memulihkan hubungan diantara pemimpin PAS dengan pemimpin PAN yang kerap kali bertelagah sesama sendiri.

Menurut laporan yang disiarkan melalui laman portal Utaranews, Si Mahfuz Bean tu cuba nak menampilkan dirinya sebagai orang yang dapat mengimbangi hubungan diantara PAS dan PAN.
"Menurut Mahfuz, beliau akan berperanan untuk 'check and balance' PAS yang didakwanya semakin bercelaru dan juga huruhara. Mahfuz juga mahu mendamaikan PAS dan juga PAN yang kini semakin sengit berbalas kenyataan di media.
"Bagi penyokong serta ahli PAS, Mahfuz langsung tidak layak untuk memegang peranan tersebut kerana terbukti sudah ditolak oleh seluruh kepimpinan semasa muktamar PAS sebelum ini.
"Sikap Mahfuz yang selama ini begitu celupar melemparkan pelbagai tohmahan kepada Presiden dan juga barisan kepimpinan, juga dilihat tidak sesuai untuk menjadi perantara kepada kedua-dua parti tersebut.
"Mahfuz sebenarnya kini lebih berperanan sebagai pembekal peluru kapur kepada PAN dan juga DAP kerana apa saja yang dikeluarkan dari mulutnya, akan digunakan oleh PAN untuk menyerang PAS.  
"Jika benarlah Mahfuz mahu menjadi 'check and balance' didalam PAS, sudah pasti Mahfuz tidak akan sesekali mengeluarkan kenyataan yang merugikan partinya sendiri. Tetapi tulah realiti yang sebenarnya berlaku," lapor laman portal tersebut.
Dalam erti kata lainnya, Si Mahfuz Bean ni hanya sekadar nak memberikan justifikasi terhadap tindakan Khianat yang telah dilakukan terhadap PAS selama hari ini secara terang - terangan.

Hakikatnya, alasan nak jadi 'Orang Tengah' dan cuba nak mengimbangi hubungan diantara PAS dengan PAN tu hanya sekadar Retorik Politik Si Mahfuz Bean tu je depan penyokong PAS supaya dia tidak dianggap sebagai 'Pengkhianat' kepada perjuangan parti tu!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Wakil rakyat yg semakin tak laku nak jdi org tengah konon

    BalasPadam
  2. mmg sesuai dgn gelaran mahfuz bean..politician no.2 paling haprak di msia 2016 slps Khalid samad..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping