Isnin, Januari 02, 2017

Bagi sesetengah pihak, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin parti Warisan ini membuktikan bahawa pengaruh bekas Perdana Menteri Malaysia itu tidak la sehebat seperti yang didakwa.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Parti Warisan Sabah (Warisan) menepis dakwaan yang mengatakan parti itu proksi parti Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Tidak betul sama sekali. Barangkali ini khabar angin yang diviralkan oleh teori konspirasi pasukan siber yang tidak bertanggungjawab,” kata Setiausaha Agung Warisan, Loretto Padua Jr. dalam satu kenyataan hari ini.
Padua menjawab artikel “Orang Asal dismiss Shafie as Dr M’s proxy” yang disiarkan FMT pada 27 September oleh Joe Fernandez. Menurut artikel itu, beberapa orang dalam kalangan Orang Asal di Sabah melihat Datuk Seri Shafie Apdal sebagai proksi Dr Mahathir.

Padua berkata sebelum penubuhan Warisan, sebahagian besar pemimpinnya berjuang bermati-matian untuk Sabah dan kawasan masing-masing tanpa bantuan Dr Mahathir.

Bagaimanapun, beliau menambah tidak pernah gerakan “besar-besaran” untuk menewaskan Umno Sabah sejak 1994, seperti yang digerakkan Warisan.
“Kita saksikan gerakan ini sesuatu yang dinantikan rakyat Sabah, sejak sekian lama, iaitu kebangkitan sebuah parti tempatan yang boleh merampas 60 kerusi dewan undangan negeri yang dipegang Umno Sabah dan kerusi lain.
“Tidak hairanlah mengapa usaha digerakkan untuk mencemar nama baik pemimpin muda Warisan dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat Sabah agar kita lupa matlamat asal menewaskan Umno Sabah.”
Dalam erti kata lainnya, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Warisan itu sekaligus membuktikan bahawa mereka tidak mahu ada sebarang kaitan dengan parti yang diterajui oleh Tun Mahathir.

Kemungkinan besar, tindakan parti Warisan memutuskan perkara tersebut agar tidak dikaitkan dengan kes pemberian kad pengenalan warganegara Malaysia kepada penduduk yang bukan berasal dari Sabah.

Isu berkaitan dengan pemberian kad pengenalan itu menjadi diantara topik hangat yang mengaitkan nama Tun Mahathir dimana ianya sebelum ini telah membangkitkan kemarahan dikalangan rakyat Sabah secara terbuka.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping