Khamis, Februari 23, 2017

Setakat 'Sembang' macam orang lepak berborak di kedai kopi boleh la Si Din Pudu ni. Hakikatnya, dia hanya setakat pandai bercakap je. Tapi cakap Si Din Pudu ni "Tak Serupa Bikin".

Pokok pangkalnya, kenyataan Si Din Pudu ni hanya menggambarkan keresahan yang timbul dikalangan puak Pengkhianat PAN yang menjadi kini sudah menjadi Pemakan Dedak DAPigs.

Tindakan Si Din Pudu tu cuba nak menyembunyikan keresahan itu apabila melihat PAS berjaya menghimpunkan seramai 20 ribu orang pengikut dan penyokong dalam Himpunan Ungu baru - baru ini.

Malah, PAS juga menganggap himpunan itu sebagai satu kejayaan besar yang turut melibatkan kaum Melayu jika dibandingkan dengan pelbagai siri himpunan yang dianjurkan Pakatan.

Ditemui media hari ini, Pengarah Pusat Penyelidakan PAS menyindir kenyataanSi Din Pudu tu yang mendakwa mampu menarik lebih ramai peserta ke himpunan berkenaan, sekiranya dia menjadi Ketua Pemuda PAS.

Malah Zuhdi juga membidas kenyataan Din Pudu itu dengan merujuk kepada dua siri terakhir perhimpunan BERSHIT yang dianjurkan Pakatan gagal menghimpunkan sokongan orang Melayu ekoran tiada penyertaan daripada PAS. 
"Kehadiran (peserta Himpunan RUU355) ramai. Sepanjang saya melalui zaman reformasi, Bersih, saya nampak ini adalah kehadiran yang ramai walaupun hanya kelompok Melayu. 
"Kalau beliau kata mampu bawa lebih ramai, sepatutnya Himpunan Bersih pun lebih ramai berbanding apa yang ada sekarang. Bersih 4 gagal, Bersih 5 gagal," katanya yang ditemui di Bicara Harakah bertajuk Himpunan 355: Syariah Diperkasa, Rakyat Sejahtera petang tadi.
Terdahulu, Si Din Pudu tu mendakwa sekiranya dia menjadi Ketua Pemuda PAS, beliau mampu membawa lebih daripada apa yang dicatatkan parti itu pada himpunan yang berlangsung Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Zuhdi juga turut mendakwa Timbalan Presiden PAN itu tidak mempunyai sebarang pengaruh untuk mengumpulkan penyokong parti walaupun sewaktu dia masih bersama PAS.
"Saya tidak nampak kemampuannya. Sewaktu beliau di dalam Pemuda PAS, bukan beliau yang bawa. PAS tidak bergantung kepada batang tubuh individu, sebaliknya organisasi. 
"Beliau sebagai Ketua Pemuda PAS dahulu bukan atas individunya, tetapi organisasi. Tidak ada apa-apa kelebihan jika berdasarkan individu. Jika berdasarkan organisasi maka ada pencapaian tertentu," tegasnya. 
Himpunan RUU355 yang diadakan baru-baru ini menyaksikan lautan manusia hadir bagi mendesak kerajaan menjayakan pindaan Rang Undang-undang untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah selepas lebih 30 tahun tidak berbuat demikian.
Categories: , ,

3 ulasan:

  1. Mimpi siang hari ke Din..

    BalasPadam
  2. Puduraya memang ramai terutama dekat hari perayaan....

    BalasPadam
  3. Bawa la ramai org masuk PAN klu betul2 hebat...skrg bkn ketua pemuada tp org no 2 PAN sudah, jd berapalah ahli PAN skrg...buktikan yg ko blh tarik ramai org masuk PAN baru org caya ckp ko din oi..kesian aku tgk pemimpin2 pan ni, ahli lg sikit dr pemimpin tp ckp mcm bagus..poyo je lebih..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping