Heh! Semakin hari semakin kelakar pulak tengok drama puak - puak Pakatan Haprak ni. Nampak sangat la yang diorang ni memang TAK LAYAK nak ambik alih kepimpinan Negara.
Kot kalau diorang ni dapat kuasa nanti, memang jahanam la Negara jawabnya. Habis semua benda tunggang terbalik. Perangai MUNAFIK pemimpin puak Pakatan Haprak ni semakin terserlah.
Kalau sebelum ini, diorang pernah buat dakwaan kononnya PAS tidak layak untuk meletakkan sebarang syarat dan mendesak agar semua parti dikalangan pembangkang ikut telunjuk mereka.
Malah mereka kat, tindakan PAS yang mahu semua orang ikut kehendak parti itu merupaka satu langkah yang tidak demokratik serta menganggap parti itu mengamalkan dasar "Kuku Besi".
Tapi, bila diorang pulak meletakkan syarat supaya PAS ikut telunjuk diorang boleh pulak? Tak salah pulak kalau diorang yang buat perkara sedemikian hanya semata - mata mahu PAS ikut telunjuk mereka?
Inilah sifat MUNAFIK yang sering kali ditonjolkan oleh pemimpin puak Pakatan Haprak ni secara terbuka. Diorang ni bercakap tak pernah serupa bikin. Suka sangat ikut kehendak diorang je.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, salah seorang pemimpin PAN tampil mendesak agar PAS menetapkan tarikh akhir bagi membuat keputusan sama ada mahu bersama Pakatan atau sebaliknya.
Katanya, perkara itu perlu dilakukan supaya ianya tidak menjejaskan persiapan pihak pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya yang mungkin akan berlaku pada bila - bila masa.
"Apa-apa rundingan, mesti ada tarikh yang mesti kita buat satu keputusan. Pilihan raya boleh jadi seawal bulan 5 selepas parlimen, atau boleh jadi bulan 6, kita tak tahu. Mesti ada 'cut-off date'," katanya kepada Antarapos.
Pokok pangkalnya, puak Pakatan Haprak tu sekarang ni masih lagi GAGAL untuk menyelesaikan isu berkaitan dengan pembahagian kerusi sesama mereka sebab masing - masing sibuk mengutamakan kepentingan Politik Peribadi sendiri!!!
Pan semakin meroyan sbb gagal kaut penyokong Pas utk sokong mereka. Setakat Dap sokong memang tak ke mana..
BalasPadamHaram menjadi pengikut DAP yg kafir harbi tu.
BalasPadam