Jumaat, Februari 03, 2017

Presiden PAS tampil mengakui parti itu mengadakan perjumpaan dengan pemimpin dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetapi belum memutuskan sama ada untuk bekerjasama.

Katanya, perjumpaan membabitkan Timbalan Presiden PAS dan Timbalan Presiden PPBM itu telah diadakan di Ibu Negara, semalam. Namun tiada kata sepakat yang dicapai setakat ini.
“Saya belum menerima laporan hasil daripada perjumpaan itu tetapi apa yang pasti, keputusan untuk bekerjasama belum dimuktamadkan.
“PPBM yang minta berjumpa dan PAS menghantar Tuan Ibrahim, tetapi hasil daripada perjumpaan itu belum dilaporkan,” katanya ketika ditemui selepas hadir pada Majlis Jamuan Sempena Tahun Baharu Cina anjuran PAS Kawasan Kuala Terengganu di Jalan Banggol di sini, petang ini.
Dalam masa yang sama, Ketua Penerangan PAS juga turut menafikan laporan yang menyatakan bahawa Timbalan Presiden PAS sudah membuat keputusan untuk menjalinkan kerjasama dengan PPBM.

Sebaliknya, Ketua Penerangan PAS Pusat itu memberitahu pihak media bahawa isu berkaitan dengan kerjasama Politik diantara kedua - dua parti itu masih lagi diperingkat perbincangan.
“Sehingga kini tiada apa-apa keputusan muktamad yang diputuskan mengenai hubungan PAS dan PPBM. Ia masih di peringkat perbincangan dan penilaian,” kata ketua penerangan PAS Nasrudin Hassan.
Nasrudin juga menjelaskan keputusan PAS akan dibuat di peringkat mesyuarat jawatankuasa pusat PAS dan juga Majlis Syura seperti mana Mukhriz akan merujuk kepemimpinan atasan PPBM.
“Keputusan [kerjasama PAS-PPBM] belum diambil. Bukan di situ [pertemuan semalam] tempat membuat keputusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Walaupun mereka bersedia untuk berunding dengan PPBM, tambahnya, PAS tetap menolak sebarang hubungan kerjasama dengan parti serpihannya, PAN dan bekas rakan sekutunya DAPigs.

Mesyuarat jawatankuasa induk PAS-PPBM yang diadakan semalam turut membentuk jawatankuasa teknikal bersama untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan yang dipersetujui.

PAS dan PPBM, sejak ditubuhkan pada September, dalam beberapa bulan lalu dilaporkan ingin menjalinkan kerjasama, namun pemimpin - pemimpin mereka sering mengkritik antara satu sama lain.

Paling terbaru, PAS didakwa oleh pucuk pimpinan PPBM sebagai punca utama yang akan menyebabkan kekalahan kepada gabungan parti pembangkang kerana masih enggan menjalinkan hubungan kerjasama Politik dengan Pakatan bagi menjatuhkan Barisan Nasional!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. PPBM parti yg jelek dan prinsip menghalalkan cara di mata rakyat. Tak sesuai dengan PAS.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping