Sabtu, Februari 11, 2017

Heh! Belum pun mereka bersetuju untuk menandatangani sebarang perjanjian atau pun membuat keputusan mengenai kerjasama Politik, PPBM nampak gayanya dah mula tunjuk taring mereka kepada PAS.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila kepimpinan tertinggi parti itu mula memperlekehkan syarat yang telah dikemukakan oleh PAS sebelum ini secara terang - terangan.

Kali ini, Naib Presiden PPBM pulak buat benda yang sama apabila dia menyatakan bahawa adalah tidak wajar untuk PAS meletakkan sabarang syarat bagi menjalinkan hubungan kerjasama Politik.

Katanya, PAS tidak sepatutnya meletakkan sebarang syarat selagi rundingan berhubung kerjasama Politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) belum mencapai kata putus.

Menurut Naib Presiden parti itu, PAS yang dipimpin oleh Hadi Awang itu perlu mengambil sikap 'berjiwa besar' apabila menyentuh tentang soal hubungan kerjasama Politik sesama pembangkang.
"Sekarang ni semua baru peringkat rundingan, dalam hal ni kita mesti berjiwa besar. PAS kena lihat (kerjasama) ni dalam perspektif lebih besar, hari ni kita sepatutnya parti-parti menentang BN ni kita harus bersatu kerana kita nak selamatkan Malaysia," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Terdahulu PAS melalui Timbalan Presidennya telah meletakkan syarat kepada PPBM supaya tidak melibatkan rakan gabungan Pakatan, DAPigs dan PAN dalam program bersama dengan parti itu.

Katanya lagi, PAS kekal dengan keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAPigs kerana parti itu menolak dasar Islam yang diperjuangkan PAS selama ini. Justeru, PAS tidak lagi boleh berkompromi dengan mereka.

Tambah pemimpin PPBM itu lagi, sekiranya kepimpinan PAS berterusan mengeluarkan kenyataan sedemikian, maka ia dibimbangi akan menjejaskan dan mengganggu proses rundingan diantara kedua - dua parti itu.
"Tak payah buat komen-komen yang akan membuatkan interpretasi yang berbeza-beza. Sepatutnya benda ni dibincangkan secara rundingan dan bukannya terbuka. Jangan kita buat kenyataan terbuka yang akan mendatangkan interpretasi yang berbeza-beza," ujar beliau lagi.
Dari satu sudut, nampak sangat yang PPBM ni cuba nak mendesak PAS agar tunduk dan patuh kepada segala kehendak mereka tanpa banyak soal. Maka sebab itu diorang nak PAS tutup mulut dan menghalang hak kebebasan parti itu untuk bersuara!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. wooi parti PBBM hempa nak selamatkan Malaysia dari apa, pasai apa ,awat hempa tak cukup makan kedarah lagi ka duduk di Negara Malaysia yang aman,hempa ni memang manusia tak sedar diri ,awat Datuk Seri Najib tak bagi rakyat makan ka cuma masa dia kurang baik sikit kerana ekonomi dunia merudum, cara tak langsungnnya Negara Malaysia pun terkena tempias juga,pasai apa hempa pekak dan tuli wahai puak2 pembangkang ooi,kalau hempa nak kacau sangat kacau Mahathir dia yang paling menyusahkan rakyat cara halus,habis orang PAS dan UMNO bermusuh2han,berapa banyak anak2nya yang billionare hingga yang betina tu pulak mewah sehingga sokong LGBT ,SIS dan macam2 lagi hempa cari sendiri.ini yang hempa sokong sebagai pemerintah dahulu termasuk aku sendiri ditipu hidup2.BAGI PELUANG PADA DATUK SERI NAJIB DAN DATUK SERI HADI AWANG BEKERJASAMA mentadbir Negara.Jangan jadi bodoh macam mat sabun mahfooz bean rafizi sotong, kaki penipu izzah meroyan dan berlambak lagi singkirkan mereka semua.TERANG LAGI NYATA PUAK PEMBANGKANG MEMANG KAKI PEMUSNAH NEGARA,APA YANG MEREKA SAKIT HATI SANGAT DENGAN BARISAN NASIONAL,NEGARA TAK AMAN KA ANAK2 TAK BOLIH PERGI TADIKA KA,ORANG TUA DAN MUDA TAK BOLIH LEPAK DIKEDAI ATAU RESTORAN KA ADA PELURU LINTAS DIATAS KEPALA MASA MINUM ATAU HANTAR ANAK PERGI TADIKA CUBA JAWAB?KALAU TAK CUKUP MAKAN BUKAN SALAH KERAJAAN ORANG TAK CUKUP MAKAN TU LAH PENYEGAN NAK BERUSAHA.RAKYAT MALAYSIA NI CUMA TAK MAKAN BILA P BATU DUA SAHAJA.TU PUN ORANG BAGI MINUM LAGI.FAHAM2LAH .

    BalasPadam
  2. Kesihan kat Azmin terpengaruh dengan mahataik sebar khabar Menteri Kanan nak letak jawatan,mahataik tu dah tak ada orang lagi nak digunakan jangan terpengaruh,kalau ada orang nak letak jawatan biar p lah perkara biasa mungkin dia dah senang nak bagi orang lain pula bukan tamak macam mahataik habis segala keturunan dia bagi kaya raya,pasal apa hempa tak buka mata kan bodoh namanya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping